• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tidak semua orang boleh terbang dengan AirAsia sekarang, hanya yang lengkap vaksin dibenarkan

  • OLEH Najib
  • 11:36 am
  • 07/10/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia telah mengumumkan satu peraturan baharu untuk penumpang mereka, iaitu hanya mereka yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan menaiki pesawat. Ia dikuatkuasakan untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa (kod penerbangan AK) dan penumpang mestilah mengesahkan status vaksinasi COVID-19 mereka di aplikasi AirAsia.

Peraturan ini dikenakan kepada penumpang dewasa. Bagi penumpang di bawah 18-tahun yang masih belum divaksin atau menerima vaksin penuh, mereka dibenarkan menaiki pesawat dengan syarat ditemani ibubapa atau ahli keluarga dewasa yang telah lengkap vaksin.



Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di AirAsia Super App.

Aplikasi AirAsia Super App boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.. Penumpang boleh membuat pengesahan dokumen COVID-19 yang diperlukan, termasuk hasil ujian COVID-19 semasa daftar masuk melalui cara berikut:



  1. Masukkan maklumat tempahan penerbangan
  2. Pilih penumpang yang mahu didaftar masuk
  3. Imbas, muat naik atau buat pengesahan dokumen yang diperlukan
  4. Tekan butang ‘Continue’ selepas dokumen telah disahkan
  5. Tandakan kotak pengisytiharan untuk mengakui semua dokumen adalah benar
  6. Pas masuk penerbangan elektronik akan dikeluarkan

Jika proses pengesahan tidak berjaya, penumpang akan diberikan pas masuk penerbangan dengan notis “COVID-19 document verification required”. Ini memerlukan penumpang membuat pengesahan secara manual di kaunter.

AirAsia telah mewajibkan daftar masuk kendiri melalui AirAsia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri boleh dilakukan melalui AirAsia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa dalam 14 hari sebelum penerbangan. Penumpang hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Penumpang juga wajib memiliki aplikasi MySejahtera serta memakai pelitup muka sepanjang masa sebelum, semasa dan selepas penerbangan. AirAsia menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka pula tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.

Selain itu, untuk ketenangan minda penumpang semasa perjalanan, AirAsia juga memastikan hanya kru yang telah divaksin sepenuhnya bertugas di operasi, pengendali bagasi dan di dalam penerbangan. Semua pesawat juga dilengkapi Penapis Udara Berkecekapan Tinggi (HEPA) yang menyegarkan udara di dalam pesawat setiap 3 minit.

Malaysia dijangka akan membatalkan sekatan perjalanan antarabangsa apabila mencapai 90% vaksinasi lengkap dewasa. Rakyat Malaysia pula dijangka akan dibenarkan terbang ke luar negara pada bulan Disember, atau lebih awal menurut Perdana Menteri Datuk seri Ismail Sabri.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023

Tidak semua orang boleh terbang dengan AirAsia sekarang, hanya yang lengkap vaksin dibenarkan

7 Oktober 2021
Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawa terus ke mahkamah

Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawa terus ke mahkamah

19 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER