• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor MagicBook 15 diperbaharui kuasa Ryzen 5 55500U ada diskaun RM200 untuk pembeli terawal

  • OLEH Najib
  • 10:18 am
  • 07/10/2021
  • Komen
Honor MagicBook 15 diperbaharui kuasa Ryzen 5 55500U ada diskaun RM200 untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Laptop baru Honor MagicBook 14 dengan kuasa AMD Ryzen 5 5500U baru diumumkan bulan lepas, kini versi lebih besar akan tiba pula di Malaysia. Honor Malaysia telah membuka tempahan awal untuk Honor MagicBook 15, juga dengan kuasa AMD Ryzen 5 5500U tetapi skrin lebih besar 15.6-inci.

Sudah pasti, tawaran menarik menanti mereka yang membuat tempahan awal. Honor MagicBook 15 AMD baru ini dijual di Malaysia secara rasmi pada harga RM2,699, bersama RAM 8GB dan SSD 256GB.



Diskaun RM200 diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal, dari 5-9 Oktober 2021 di Stor Rasmi Honor di Shopee. Jadi harganya cuma RM2,499. Tempahan awal ini memerlukan pembeli membayar deposit RM250, dan membuat baki bayaran RM2,249 pada 10 Oktober, selewatnya pukul 9 malam.

Spesifikasi

Secara kasar, ini adalah laptop yang sama dengan Honor MagicBook 15 lepas dengan naik taraf pada CPU kepada AMD Ryzen 5 5500U yang terbina GPU AMD Radeon di dalam. Gandingannya ialah RAM DDR4 8GB dan storan SSD PCIe 256GB.



Skrinnya jenis IPS LCD 15.6-inci HD Penuh dalam nisbah 16:9. Bingkainya sangat nipis di sisi dengan kecerahan skrin setinggi 300 nits. Skrin ini turut diiktiraf Persijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland, untuk penggunaan yang selesa bagi jangka masa panjang.

Honor mengkategorikan laptop ini sebagai ringan dan nipis, diperbuat daripada aluminium dengan berat cuma 1.54kg dan tebal 16.9mm. Ia dibekalkan bateri 56Wh untuk penggunaan sepanjang hari dan menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C.

Kamera web dikekalkan unik iaitu terletak di baris teratas papan kekunci, di mana ia boleh dismebunyi apabila tidak digunakan. Selain itu, pengimbas capjari turut terdapat padanya, terbina di dalam butang kuasa di kanan papan kekunci.

Tags: amdamd ryzen 5honorhonor magicbook 15
Najib

Najib

POPULAR

Honor MagicBook 15 diperbaharui kuasa Ryzen 5 55500U ada diskaun RM200 untuk pembeli terawal

Honor MagicBook 15 diperbaharui kuasa Ryzen 5 55500U ada diskaun RM200 untuk pembeli terawal

7 October 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN