• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi tanpa had, Xpax Unlimited kini ada FUP seperti Hotlink

  • OLEH Najib
  • 10:57 am
  • 08/10/2021
  • Komen
Tiada lagi tanpa had, Xpax Unlimited kini ada FUP seperti Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 2.00PM: Celcom memaklumkan bahawa FUP ini dikenakan untuk pelanggan baharu sahaja, yang mengaktifkan pek permulaan atau menukar pelan mulai 7 Oktober 2021. Pelanggan lama tidak dikenakan had FUP.

Pengguna pelan prabayar tanpa had Xpax, selama ini sangat bangga kerana tiada kuota data dikenakan padanya. Benar-benar tanpa had, tidak seperti Hotlink yang mengenakan polisi penggunaan saksama (Fair Usage Policy, FUP) iaitu 50GB sebulan, ia masih tanpa had kuota tetapi kelajuan disekat ke 512kbps selepas mencapai kuota FUP.



Tetapi hari ini Celcom dilihat telah mengemaskini pelan tanpa had Xpax ini, dan memperkenalkan kuota FUP yang hampir serupa dengan Hotlink. Dari laman web Celcom, di bawah pelan Unlimited Internet Pass, terdapat notis menyatakan bahawa, selepas penggunaan beberapa GB, kelajuan pengguna akan disekat lebih rendah kepada 512kbps.

Ruangan soalan lazim FAQ menjelaskan dengan lebih lanjut tentang sekatan FUP ini. Bagi pas tanpa had mingguan, FUP adalah 20GB dan pas tanpa had bulanan pula ialah 60GB. Selepas mencapai had FUP ini, kelajuan pengguna diturunkan kepada 512kbps sahaja dan boleh digunakan tanpa had data. Had FUP ini dikenakan sama untuk pas 3Mbps dan 6Mbps.



Celcom ada menulis di FAQ juga bahawa kelajuan 512kbps masih memberikan pengguna, pengalaman yang lancar untuk aplikasi terpilih seperti YouTube, Instagram, WhatsApp dan Facebook.

Celcom juga menyediakan jadual yang menyenaraikan apa yang pengguna boleh nikmati dengan had FUP 20GB/minggu atau 60GB/bulan.

Had FUP yang dikenakan Celcom terhadap pelan tanpa had mereka hanya lebih sedikit daripada Hotlink. Untuk pelan bulanan, Hotlink mengenakan FUP 50GB dan bagi pelan mingguan hanya 15GB.

Adakah langkah baru Celcom memperkenalkan FUP kepada pelan tanpa had akan mengakibatkan anda berfikir untuk menukar talian?

[Sumber: Celcom]

Tags: celcomxpaxXpax Unlimited
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Tiada lagi tanpa had, Xpax Unlimited kini ada FUP seperti Hotlink

Tiada lagi tanpa had, Xpax Unlimited kini ada FUP seperti Hotlink

8 October 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER