Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Celcom perkenal pelan prabayar tanpa had internet dan panggilan dari RM12

Celcom kini tampil menjelaskan secara rasmi bahawa mereka kini memiliki pelan tanpa had internet dan panggilan, dari serendah RM12. Ia menggantikan pelan sebelum ini, yang menyediakan 18GB internet berharga RM12/minggu dan 48GB internet untuk RM38/bulan.

Pelan baru ini ditawarkan dari RM12/minggu serta RM35/bulan bersama penggilan tempatan tanpa had. Sama seperti sebelumnya, kelajuan internet untuk pelan ini disekat kepada 3Mbps sahaja. Tetapi pelan ini masing-masing memberikan kuota hotspot sebanyak 1GB untuk pelan mingguan dan 3GB untuk pelan bulan, juga disekat kelajuan ke 3Mbps.

Hotspot tambahan boleh dibeli dari RM1 dengan 1GB untuk kegunaan sehari dan RM3 dengan 5GB untuk kegunaan 3 hari. Jika mahu internet berkelajuan tinggi tanpa had sementara, pengguna boleh melanggan pas Ultra Hour dari RM1 untuk 1 jam sehingga RM8 untuk 24 jam. Pas Ultra Hour memberikan internet tanpa had, dengan kelajuan tanpa had tetapi tak boleh digunakan untuk hotspot.

Di dalam ruangan Terma dan Syarat, Celcom ada menyatakan bahawa pelan ini tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama atau FUP. Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan sama ada terdapat kuota untuk pelan tanpa had ini, yang menjadikan kelajuan internet dari 3Mbps kepada Kbps.

Maxis semasa melancarkan Hotlink Unlimited, tidak menyatakan ia sebenarnya mengenakan FUP sebanyak 5GB untuk pelan harian, 15GB untuk pelan mingguan dan 50GB untuk pelan bulanan. Selepas banyak pengguna mengadu kelajuan mereka menjadi lebih perlahan, barulah mereka mengemaskini FAQ dan menyatakan terdapatnya kuota FUP tersebut, menjadikan kelajuan dari 3Mbps kepada 512Kbps.

Adakah pelan tanpa had internet dan panggilan Celcom ini juga sama seperti Maxis? Kita tunggu dan lihat, ada tak pengguna yang mengadu kelajuannya menjadi lebih perlahan nanti.

BACA  Imri Mokhtar kembali ke TM sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Esekutif

Selain Hotlink Unlimited, pelan internet tanpa had dengan kelajuan disekat berharga sekitar RM40 ialah U Mobile Giler Unlimited dan Yes 4G Konfem Unlimited.