Pas Internet Terbaru Xpax Beri 48GB Internet Pada RM38 Sahaja

Tahun baru, pelan baru. Celcom hari ini mengemas kini penawaran pas Internet prabayar Xpax mereka. Ada dua pas Interet diperkenalkan iaitu yang berharga RM38/bulan dan RM12/minggu.

Paling menarik adalah pelan RM38 yang berikan kuota superluas iaitu 48GB.

Untuk perbandingan, pelan RM30 dan RM50 mereka masing-masing cuma berikan kuota sebanyak 5GB dan 10GB. Walau bagaimanapun, berbanding pas lama, pas Internet kali ini tidak didatangkan bersama akses iflix dan kemudahan data bawa kedepan. Lagi satu ciri yang tiada adalah pas ini cuma ada data terhad untuk hotspot dan untuk data tambahan, anda perlu belinya pada harga serendah RM1 untuk 1GB.

Kalau RM38 terlalu mahal, ada juga pas RM12 yang berikan data sebanyak 18GB dengan tempoh sah selama 7 hari.

Namun begitu, kalau pergi ke bahagian Terma & Syarat, ada satu perkara yang tak enak untuk dibaca. Kedua-dua pas ini dikenakan had kelajuan pada 3Mbps.

Perkara ini tidak dinyatakan sama ada dalam kenyataan media ataupun di laman promosi, walaupun dengan tanda asterisk sekalipun. Saya rasakan ini tidak adil kepada pengguna yang tidak membaca fine print.

Kalau macam itu, lebih baik langgan U Mobile GX30 yang berikan data Internet tanpa had tapi kelajuan disekat pada 3Mbps.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Mi 10 berkuasa Snapdragon 865 akan datang bulan ini