• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax Unlimited ada had FUP, Cara Pasang Windows 11 & RAM Plus Samsung | SBM #39

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:18 pm
  • 12/10/2021
  • Komen
Xpax Unlimited ada had FUP, Cara Pasang Windows 11 & RAM Plus Samsung | SBM #39
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikongsikan dalam video minggu ini ialah, apa masalah Siri selepas kemaskini ke iOS 15? Xpax Unlimited kini ada had FUP macam Hotlink? Apa 3 saluran untuk pasang Windows 11? dan banyak lagi berita lain yang diketengahkan.

1. Siri tak faham arahan mudah, setelah kemaskini ke iOS 15

Dengan kemaskini iOS 15, dikatakan bahawa Siri tidak berfungsi untuk melakukan beberapa tugas asas. Menurut MacRumors, arahan Siri yang berkaitan dengan panggilan telefon, peti mel suara dan e-mel, secara tiba-tiba berhenti berfungsi.



Berita penuh di sini.

2. Realme perkenal 3 produk TechLife untuk pastikan rumah anda kekal bersih dan kemas

Realme umum 3 produk kelengkapan rumah yang boleh membantu anda membersihkan kediaman serta pastikan udara bersih. Tiga produk itu ialah, Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner, Realme TechLife Air Purifier dan Relme TechLife Rabot Vacuum.



Berita lanjut di sini.

3. Digi #JuaraInternet hargai pengguna dengan pelbagai tawaran menarik

Digi umumkan tawaran terbaru mereka, dipanggil #JuaraInternet. Ia boleh dinikmati pengguna Digi prepaid dan postpaid dari sekarang sehingga 31 November 2021. Pengguna boleh menikmati baucar Lazada dan Shopee bernilai sehingga RM300 apabila mereka mendaftar atau menaik taraf ke pelan Digi Postpaid.

Maklumat penuh di sini.

4. Tiada lagi tanpa had, Xpax Unlimited kini ada FUP seperti Hotlink

Dari laman web Celcom, di bawah pelan Unlimited Internet Pass, terdapat notis menyatakan bahawa, selepas penggunaan beberapa GB, kelajuan pengguna akan disekat lebih rendah kepada 512kbps. Celcom ada menulis di FAQ juga bahawa kelajuan 512kbps masih memberikan pengguna, pengalaman yang lancar untuk aplikasi terpilih.

Berita lanjut di sini.

5. Telegram terima 70 juta pendaftaran baru ketika WhatsApp tergendala

Pengasas telegram, Pavel Durov memuat naik satu perkongsian di saluran Telegram peribadinya untuk mengalu-alukan 70 juta pendaftaran baru, masuk ke dalam platform itu. Dia juga berkongsi tips berguna yang boleh diikuti untuk jadi cekap Telegram, seperti fungsi memindahkan perbualan daripada WhatsApp kepada Telegram.

Berita penuh di sini.

6. Windows 11 mula diedarkan, guna 3 saluran ini untuk pasangnya secara manual

Sistem operasi komputer, Windows 11 kini boleh dimuat turun. Ada beberapa saluran untuk anda pasangnya secara manual. Pertama melalui Windows 11 Installation Assistant. Kemudian melalui Windows 11 Installation Media & ISO.

Maklumat lanjut di sini.

7. Ciri RAM Plus Samsung akan hadir di lebih banyak telefon

Melalui kemas kini firmware baru, pengguna Samsung Galaxy A52s 5G di India menerima satu fungsi yang dinamakan RAM Plus. Fungsi ini membolehkan sistem telefon mengambil sebahagian daripada ruang storan untuk diubah menjadi RAM.

Berita penuh di sini.

Tags: digiiOS 15JuaraInternetrealme techlifesamsung ram plusSiritelegramwindows 11Xpax Unlimited
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Xpax Unlimited ada had FUP, Cara Pasang Windows 11 & RAM Plus Samsung | SBM #39

Xpax Unlimited ada had FUP, Cara Pasang Windows 11 & RAM Plus Samsung | SBM #39

12 October 2021
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER