• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi #JuaraInternet hargai pengguna dengan pelbagai tawaran menarik

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 04/10/2021
  • Komen
Digi #JuaraInternet hargai pengguna dengan pelbagai tawaran menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Digi hari ini mengumumkan tawaran terbaru mereka, dipanggil #JuaraInternet. Ia sebagai penghargaan buat pengguna selepas Digi dinobatkan sebagai rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia oleh Speedtest, dan pengalaman muat turun terbaik oleh OpenSignal.

Tawaran #JuaraInternet boleh dinikmati pengguna Digi dari sekarang sehingga 31 November 2021. Senarai tawaran yang disediakan adalah seperti berikut:



Untuk Digi Postpaid

Baucar Lazada dan Shopee bernilai sehingga RM300

Pengguna Digi boleh menikmati baucar Lazada dan Shopee bernilai sehingga RM300 secara percuma apabila mereka mendaftar atau menaik taraf ke pelan Digi Postpaid terpilih, dan mendaftar 12 bulan kontrak SIM sahaja dengan Rebat Bil. Ia memberi rebat bulanan antara RM10 ke RM25 apabila pengguna membeli baucar Lazada dan Shopee yang ditawarkan di dalam MyDigi Shop.



Percuma 5GB data bulanan

Pelanggan yang mendaftar atau menaik taraf ke pelan Digi Postpaid terpilih, akan menerima tambahan 5GB data berkelajuan tinggi, di atas kuota data pelan mereka. Malah, pelanggan yang mendaftar pelan Digi Postpaid 150 dengan 12 bulan kontrak SIM sahaja, boleh memilih untuk menikmati internet tanpa had secara percuma selama 12 bulan.

Data diganda hanya RM5

Untuk masa terhad, pelanggan Digi Postpaid 40 boleh menggandakan kuota 10GB mereka kepada 20GB, dengan menambah RM5 dari komitmen RM40 pelan mereka. Sekali lagi, hanya daftar 12 bulan kontrak SIM sahaja dan pilih add-on kuota internet yang disediakan selama 12-bulan.

Untuk Digi Prepaid

Percuma pas premium MUBI 30-hari

Pelanggan yang mendaftar atau menaik taraf ke pelan Digi Prepaid NEXT 45 layak menerima pas premium MUBI 30-hari bernilai RM10 secara percuma. Pas ini boleh ditebus di dalam aplikasi MyDigi untuk 100,000 pelanggan pertama.

Tawaran Istimewa Internet Booster

Digi menyediakan tawaran istimewa untuk pelanggan prabayar iaitu kuota tambahan 5GB hanya RM5, apabila membuat tambah nilai dalam tempoh kempen ini berjalan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Digi Juara Internet.

Tags: digi
Najib

Najib

POPULAR

Digi #JuaraInternet hargai pengguna dengan pelbagai tawaran menarik

Digi #JuaraInternet hargai pengguna dengan pelbagai tawaran menarik

4 October 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN