• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar mata rakyat Malaysia dapat pengiktirafan Apple

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:37 pm
  • 13/10/2021
  • Komen
Gambar mata rakyat Malaysia dapat pengiktirafan Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang peminat seni fotografi, Badrul Akram Badaruddin, 30, berasa terkejut dan gembira, apabila karyanya yang memaparkan mata kanan anak sulungnya, Luth Fateh Badrul Akram meraih perhatian Apple. Gambar tersebut dimuat naik oleh syarikat teknologi itu di dalam Instagramnya.

Badrul Akram berkata, gambar itu diambil secara spontan di dalam kereta kira-kira jam 6 petang sewaktu matahari terik. Ia diambil menggunakan model Iphone 12 Pro Max dan dia meletakkan tanda pagar #ShotoniPhone dan #ShotoniPhoneProMax sebelum memuat naiknya ke Instagram pada bulan Julai.



View this post on Instagram

A post shared by apple (@apple)

Dikatakan pada bulan September, Badrul dihubungi pihak Apple dan mereka meminta butiran serta memberitahu akan mempertimbangkan gambar tersebut untuk dikongsikan. Namun, dia tidak meletakkan harapan tinggi kerana pernah juga dihubungi dua tahun lalu.

Seterusnya, pada pertengahan Oktober, dia menerima notifikasi dari Apple. Pada masa yang sama, dia berasa gembira apabila melihat gambar anaknya sudah dimuat naik di IG Apple yang kini mempunyai 26.6 juta pengikut. Pada gambar tersebut, apple ada menulis caption “momen sederhana boleh jadi mendalam” untuk menggambarkan karya itu. Perkara ini telah merealisasikan salah satu impian Badrul yang mahu mendapat pengiktirafan daripada Apple.



Shot on iPhone ini merupakan kempen dan cabaran di seluruh dunia, yang memerlukan pengguna iPhone berkongsi gambar terbaik mereka di Instagram atau Twitter. Kemudian setelah semakan penyerahan dilakukan oleh panel hakim, beberapa karya terpilih akan ditampilkan di papan iklan, kedai Apple dan dalam talian.

[Sumber: Harian Metro, MStar]

Tags: iphoneiphone 12 pro maxShot on iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Gambar mata rakyat Malaysia dapat pengiktirafan Apple

Gambar mata rakyat Malaysia dapat pengiktirafan Apple

13 October 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN