• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon RM0 U Mobile beri telefon pintar percuma tanpa deposit dan kontrak singkat

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 15/10/2021
  • Komen
Telefon RM0 U Mobile beri telefon pintar percuma tanpa deposit dan kontrak singkat
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini melancarkan kempen baharu “RM0 Phones for Everyone” di mana semua orang boleh memiliki telefon pintar baharu secara percuma. Sudah pasti, pelanggan perlu mengikat kontrak pelan tetapi dengan tempoh lebih pendek.

Di bawah kempen ini, pelanggan U Mobile boleh mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy A02 (3+32GB) bernilai RM399 secara percuma. Syaratnya, melanggan pelan pascabayar GX68 berharga RM68/bulan bersama kontrak selama 12 bulan sahaja. Kempen ini berjalan dari 15 Oktober sehingga 31 Disember 2021.



U Mobile turut menawarkan telefon pintar lain di dalam kempen ini, dengan bayaran tambahan. Pelanggan boleh mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy A03s (4+64GB, bernilai RM559) atau Oppo A16 (4+64GB, bernilai RM649) dengan harga hanya RM199.

Bagi pelanggan U Mobile sedia ada, mereka boleh mendapatkan tawaran ini tanpa sebarang bayaran pendahuluan. Tetapi untuk pelanggan yang baru mendaftar, perlu membayar pendahuluan 1 bulan yang akan direbat kemudian ke dalam bil pertama.



Pelan U Mobile GX68 menawarkan internet tanpa had, kelajuan tanpa had dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, pada harga RM68/bulan. Hotspot pula diberikan sebanyak 5GB dan boleh ditambah 3GB selama 3 hari berharga RM3.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web Telefon RM0 U Mobile.

Bacaan Berkaitan

U Mobile: Senarai 7 peranti RM0.99 yang ditawarkan dibawah Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin
Jaringan Prihatin 2021: Ini senarai peranti yang ditawarkan U Mobile
U Mobile lancar pelan jalur lebar tetap dengan diskaun 50% selama 24 bulan dan percuma bulan pertama
Tags: u mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER