• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Program penggantian Airpods Pro dengan masalah bunyi dilanjutkan

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 17/10/2021
  • Komen
Sebahagian penghasilan produk Apple akan dipindah ke luar China
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir setahun yang lepas, Apple telah mengumumkan program penggantian AirPods Pro buat pemilik yang mengalami masalah bunyi pecah. Pada awalnya, ia ditawarkan dalam masa 2 tahun selepas produk ini mula dijual dan kini, Apple melanjutkan program penggantian ini kepada 1 tahun lagi.

Program penggantian ini terhad kepada unit yang dihasilkan sebelum Oktober 2020 dan pengguna di Malaysia juga layak menerimanya. Menurut Apple, penggantian ini tidak akan melanjutkan tempoh jaminan biasa tetapi unit yang diganti dilindungi daripada masalah bunyi yang sama, selama 3 tahun dari tarikh ia mula dijual secara rasmi.



Antara masalah bunyi ini adalah terdapat bunyi pecah dan bunyi statik yang meningkat kuat dalam persekitaran yang bising, semasa bersenam atau semasa bercakap di telefon. Unit yang terkesan juga mungkin mengalami masalah dengan penyaring hingar aktif atau kehilangan bunyi bass tiba-tiba atau bunyi latar yang meningkat kuat.

Jika AirPods Pro anda menghadapi masalah ini dan ia dihasilkan sebelum Oktober 2020, anda boleh meminta ia diganti di Pusat Khidmat Sah Apple berdekatan. Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji menerusi laman Apple Support.



Bergantung kepada masalah, mungkin hanya sebelah unit kiri atau kanan akan diganti secara percuma. Ambil maklum juga bahawa masalah ini tidak memberi kesan kepada bekas pengecas dan ia tidak akan diganti dalam program ini.

[Sumber: 9to5mac, Apple]

Bacaan Berkaitan

AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina, fungsi sama tetapi tampil lebih eksklusif
Apple Airpods Pro dengan penyaring hingar aktif boleh mula dibeli di Malaysia
AirPods Terima Rawatan “Pro” Untuk Hadir Dengan Penyaring Hingar Aktif
Tags: AirPods ProAirPods Pro MalaysiaappleApple Airpodsapple airpods pro
Najib

Najib

POPULAR

Sebahagian penghasilan produk Apple akan dipindah ke luar China

Program penggantian Airpods Pro dengan masalah bunyi dilanjutkan

17 October 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN