• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple AirPods 3 mirip versi Pro tetapi masih tiada satu fungsi penting

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 20/10/2021
  • Komen
Apple AirPods 3 mirip versi Pro tetapi masih tiada satu fungsi penting
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Airpods adalah fon telinga TWS paling banyak dijual di dunia. Apple kini telah melancarkan generasi ketiga AirPods, dengan rupa serba baharu yang lebih mirip dengan AirPods Pro, tanpa bud getah. Rekaan ini mungkin lebih digemari sesetengah pengguna kerana tidak menutup telinga sepenuhnya.

Antara pembaharuan yang diperkenal di AirPods 3 ini adalah hayat bateri lebih panjang, sokongan audio spatial dan pengecasan Magsafe.



Harga AirPods 3

Apple Malaysia telah menyenaraikan harga AirPods 3 sejurus pelancarannya. Ia dijual pada harga RM829, dengan harga AirPods 2 diturunkan kepada RM589. Untuk rujukan, harga AirPods Pro masih kekal RM1,099.

Warna pula hanya ada satu iaitu putih dan jualannya bermula pada minggu hadapan di negara terpilih. Untuk Malaysia, tarikh jualannya masih belum diketahui.



Apa yang baru di AirPods 3?

Walaupun mengekalkan cip audio H1 yang sama, AirPods 3 kini menyokong teknologi Audio Spatial. Ia memberikan pengalaman bunyi yang lebih mengasyikkan dengan penjejakan dinamik.

Menurut Apple, AirPods 3 menggunakan pemandu direka khas dengan amplifier berjulat dinamik tinggi, yang menyediakan bass berkuasa tinggi dengan frekuensi tinggi yang jelas. Ia juga hadir dengan dwi-mikrofon ‘beamforming’ serta mikrofon yang menghadap ke dalam.

Selain itu, terdapat teknnologi “Adaptive EQ” padanya di mana ia menala bunyi masa nyata berdasarkan cara AirPods dipakai di telinga. Tangkainya lebih pendek berbanding AirPods asal, dan ia dipasang dengan sensor tekanan untuk kawalan muzik dan panggilan, sama seperti AirPods Pro.

AirPods 3 juga kalis percikan air dan peluh IPX4. Ia turut menyokong kawalan suara ‘Hey Siri’.

Hayat bateri dimaklumkan lebih panjang, sehingga 6 jam dengan sekali cas, atau sehingga 5 jam dengan Audio Spatial dihidupkan. Bersama bekas pengecas, ia memberikan masa penggunaan sehingga 30 jam, atau sehingga 20 jam untuk panggilan suara.

Bekas pengecas ini boleh dicas secara wayar dan wayarles, dan kini menyokong pengecasan wayarles MagSafe. Apple turut mengumumkan pemberian Apple Music percuma selama 6 bulan untuk pembeli AirPods 3.

https://youtu.be/-5y2YqrlOr4

Apa yang tiada di AirPods 3?

Walaupun dengan harga mencecah RM800, AirPods 3 masih tiada penyaring hingar aktif (ANC). Jika diperhatikan, dalam jualan seperti jualan 10.10, AirPods Pro dijual di bawah RM900. Walaupun bateri AirPods Pro lebih pendek, ia menyokong ANC dan mod Transparency untuk pengalaman yang jauh lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fon telinga baru Apple ini, layari laman produk Apple AirPods 3. Boleh juga rujuk jadual di bawah untuk perbandingan ringkas antara AirPods 2, AirPods 3 dan AirPods Pro.

Bacaan Berkaitan

AirPods Terima Rawatan “Pro” Untuk Hadir Dengan Penyaring Hingar Aktif
AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?
Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya
Tags: appleApple Airpods
Najib

Najib

POPULAR

Apple AirPods 3 mirip versi Pro tetapi masih tiada satu fungsi penting

Apple AirPods 3 mirip versi Pro tetapi masih tiada satu fungsi penting

20 October 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN