• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:16 pm
  • 20/10/2021
  • Komen
Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, didapati bahawa Instagram ada menguji secara dalaman fungsi muat naik video dan gambar melalui komputer. Kemudian, pada bulan Jun, ada pengguna menemui satu butang baru untuk mereka berkongsi post di Instagram melalui pelayar web.

Kini, Instagram mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kemampuan tersebut kepada semua pengguna dan fungsi ini akan tersedia secara global bermula 21 Oktober.



Cara muat naik gambar atau video melalui komputer

Untuk memuat naik gambar atau video dari komputer, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Di sebelah ikon mesej, akan ada simbol + yang baru. Klik simbol itu.
Sumber
  1. Ikut arahan untuk memuat naik gambar atau video anda (tarik dan lepas atau Select From Computer)
  2. Pilih ukuran atau format
  3. Pilih filter
  4. Tambahkan caption, lokasi dan maklumat lain
  5. Pilih Share

Dengan kemampuan ini, pengguna yang sering akses Instagram melalui komputer akan rasa lebih seronok, kerana tidak perlu membuka telefon untuk memuat naik gambar. Ia akan memudahkan pengguna memuat naik gambar yang ada di dalam pendrive terus ke Instagram. Namun, tidak diketahui lagi sama ada pengguna dibenarkan memuat naik Reels dan Story melalui komputer atau tidak.



Selain itu, Instagram juga ada mengumumkan ciri baru lain yang akan dilancarkan pada minggu ini. Dikenali sebagai Collabs, ia membolehkan anda dan pengguna lain menulis bersama ( co-author) di kedua-dua perkongsian Feed dan Reels. Anda dibenarkan untuk menjemput akaun lain untuk bergabung melalui tag di Instagram.

Di samping itu, Instagram juga akan mula menguji kaedah untuk mencipta fungsi pengumpulan dana untuk organisasi bukan untung. Melaluinya nanti, anda boleh pilih organisasi dan tambahkan fungsi pengumpulan dana di perkongsian Feed anda.

[Sumber: 9TO5Mac]

Bacaan Berkaitan

Instagram mula benarkan pengguna kongsi gambar & video melalui komputer
Instagram sedang uji satu fungsi yang sudah lama ditunggu ramai
Instagram IGTV dihentikan, semua video dihimpun dalam satu tab
Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer

Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer

20 October 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN