• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sertai peraduan Pick & Win Boost untuk menang Nissan Navara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:08 pm
  • 20/10/2021
  • Komen
Sertai peraduan Pick & Win Boost untuk menang Nissan Navara
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan ulang tahun Boost, ‘Boost Birthday Bash’ yang ke-4, platform e-dompet itu ada menyediakan peraduan untuk pengguna sepanjang bulan Oktober.

Antara ganjaran eksklusif yang disediakan ialah, hadiah utama Nissan Navara Pro-4X, iPhone 13 Mini, pulangan tunai (cashback) dan pelbagai hadiah hebat lain bernilai lebih RM1,400,000.



Berikut merupakan peraduan yang disediakan Boost sepanjang bulan ini:

1. BoostUP Pick & Win

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu pergi ke profil di aplikasi Boost, pilih Rewards dan pilih Pick & Win. Gunakan Boost Coins anda untuk menebus entri yang ada, contohnya iPhone 13 Mini memerlukan 220 Boost Coins.



Hadiah yang paling lumayan disediakan ialah Nissan Navara 2.5L Pro-4X A / T serba baru bernilai RM142,000. Diikuti hadiah lain seperti iPhone 13 Mini, vakum Dyson Digital Slim Fluffy Extra, Samsung Galaxy Watch 4, iPad mini Wifi dan banyak lagi.

Ada 10 entri kesemuanya, 9 entri tamat pada 31 Oktober 2021, jam 11:59 malam. Namun, untuk Nissan Navara, ia tamat pada 31 Disember 2021, jam 11:59 malam.

2. Fun Fridays

Pada setiap hari Jumaat, anda boleh mengambil bahagian dalam peraduan yang diadakan di Instagram rasmi Boost & Facebook Boost untuk berpeluang memenangi RM40.

3. Saturday Savings

Selain itu, pengguna Boost juga dapat menikmati penjimatan dalam perbelanjaan seperti barang keperluan, bil dan makanan melalui Saturday Savings. Akan ada kod penebusan khas dipaparkan di Instagram rasmi Boost dan Facebooknya pada hari Sabtu. Anda boleh gunakan ia dan tebus melalui aplikasi.

Bukan itu sahaja, dalam bulan Oktober ini juga, pengguna Boost boleh menikmati tawaran Hari Lahir yang lain iaitu:

  1. Pulangan tunai sehingga RM240 – Bermula dari 13 Oktober sehingga 31 Oktober, pengguna berpeluang mendapat pulangan tunai sehingga RM240 melalui Shopping Online Lagi Best. Antara rakan kongsi yang terlibat ialah Pizza Hut, Servay Online, Go Shop, Vettons, WOW Shop, Photobook dan banyak lagi. Untuk menebus, anda boleh ke bahagian Rewards, pilih My Rewards dan tekan Browse.
  2. Ganjaran RM80 – Gunakan Boost apabila membeli-belah di stor rakan kongsi Boost seperti Lotus’s, Watsons, UPI, JD Sports dan MyNews untuk menerima ganjaran sehingga RM80.

[Sumber: Boost]

Tags: Boost
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sertai peraduan Pick & Win Boost untuk menang Nissan Navara

Sertai peraduan Pick & Win Boost untuk menang Nissan Navara

20 October 2021
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN