• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego Ideas Home Alone bawakan 5 watak utama & perincian banglo seperti dalam filem

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:00 pm
  • 22/10/2021
  • Komen
Lego Ideas Home Alone bawakan 5 watak utama & perincian banglo seperti dalam filem
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah tonton filem komedi Home Alone yang mula ditayangkan pada tahun 1990, kini rumah banglo yang didiami oleh keluarga Kevin itu dipersembahkan sebagai sebuah Lego. Set Lego Ideas Home Alone ini dihasilkan dengan sangat terperinci.

Ia disertakan dengan 5 watak minifigure iaitu Kevin McCallister, Kate McCallister, pencuri iaitu Harry dan Marv dan jiran ‘Old Man’ Marley. Prop yang sinonim dengan Harry dan Marv juga disertakan di dalam set ini iaitu van berwarna biru, crowbar dan topi polis.



Set ini mengandungi 3,957 keping bata lego, dalam masa yang sama ia merupakan Lego Ideas terbesar setakat ini. Bata akan dibahagikan kepada 24 beg dan ia perlu disusun mengikut plot filem.

Setiap tingkat rumah ini boleh diasingkan. Malah, bumbung dan dinding rumah juga boleh dibuka.



Setiap sudut dalam rumah McCallisters ini dipenuhi dengan perincian yang lucu dan hampir sama seperti di dalam filem Home Alone. Contohnya, adegan Kevin menjerit di hadapan cermin di dalam tandas kerana dia secara tidak sengaja meletakkan alkohol pada muka setelah mencukur.

Seterusnya, babak mencabar apabila Kevin meletakkan tarantula berwarna hitam di atas muka pencuri. Kemudian pencuri tersebut campakkan pula tarantula itu di atas badan kawannya.

Kemudian, ada juga replika rumah pokok kecil beserta tali. Ia seolah-olah menggambarkan adegan Kevin lari dari pencuri menggunakan tali (zip line) dan terus bergerak ke rumah pokok. Jika anda masih ingat, pencuri tersebut tetap berusaha mengejar Kevin dan mereka menggunakan tali yang sama. Tetapi Kevin bertindak memotong tali itu dan akhirnya dua orang pencuri tersebut terhantuk ke dinding rumah sebelum terjatuh ke atas salji.

Selain itu, ada juga perincian lain dihasilkan dengan sangat comel seperti tin cat berayun, ruang bawah tanah yang menyala, ruang dapur dan banyak lagi. Ia pasti akan membuatkan peminat Home Alone teruja dengan set Lego ini.

Lego ini sesuai dijadikan hiasan dan anda boleh juga luangkan masa bersama keluarga atau rakan untuk bermain dengannya. Ia akan tersedia dijual pada 1 November dengan harga USD249.99, iaitu sekitar RM1039.33 di semua kedai bertauliah Lego.

[Sumber: Brickfinder]

Tags: Home Alonelego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego Ideas Home Alone bawakan 5 watak utama & perincian banglo seperti dalam filem

Lego Ideas Home Alone bawakan 5 watak utama & perincian banglo seperti dalam filem

22 October 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN