• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 11 Lite 5G NE ada diskaun RM200 sempena pembukaan 10 Kedai Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 11:00 am
  • 22/10/2021
  • Komen
Xiaomi 11 Lite 5G NE ada diskaun RM200 sempena pembukaan 10 Kedai Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia akan mengadakan acara pembukaan 10 kedai baru Xiaomi Store di Malaysia, pada hari Sabtu, 23 Oktober 2021. Selain itu, mereka juga melancarkan pusat khidmat baharu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Sempena pembukaan ini, Xiaomi menawarkan diskaun RM200 untuk semua siri Xiaomi 11T. Kini Xiaomi Malaysia menambah lagi tawaran ini dengan memberikan diskaun RM200 untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE.



Tetapi tawaran ini terhad kepada 50 unit sahaja di setiap cawangan baru. Bermakna, ada 500 unit boleh didapati dengan diskaun RM200. Harga Xiaomi Lite 5G NE selepas diskaun adalah seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM1,399 RM1,199
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM1,599 RM1,399

Selain diskaun untuk Xiaomi 11T dan Xiaomi 11 Lite 5G NE, Xiaomi juga memberi diskaun dan hadiah percuma untuk produk lain di cawangan yang baru dibuka, seperti Mi TV P1, Mi TV Q1, Mi Band 6, Mi Watch, Mi Watch Lite, Mi Hair Dryer H300 dan Mi Robot Vacuum-Mop P.



10 cawangan baru Xiaomi Store yang akan menyediakan tawaran ini adalah:

  1. Sunway Velocity, Kuala Lumpur
  2. KL East Mall, Kuala Lumpur
  3. Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor
  4. Alor Star Mall, Kedah
  5. Kulim Central, Kedah
  6. Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
  7. Prangin Mall, Pulau Pinang
  8. Lotus Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang
  9. AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
  10. Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor

Dengan ini, Xiaomi memiliki 47 kedai di seluruh Malaysia. Xiaomi juga merancang untuk membuka sehingga 300 kedai Xiaomi Store di masa akan datang.

Spesifikasi

Telefon ini menampilkan rekaan nipis hanya 6.81mm tebal dengan berat 158g serta empat warna segar bertenaga iaitu hitam, biru, merah jambu dan putih. Ia memiliki skrin AMOLED 90hz 6.55-inci tetapi pengimbas capjari di sisi bersama butang kuasa. Kaca di luarnya adalah Corning Gorilla Glass 5.

Prestasi tinggi dan modem 5G disumbang oleh pemproses Snapdragon 778G, bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2. Badan nipis ini memuatkan bateri 4,250mAh di dalamnya dan menyokong pengecasan pantas 33W bersama kepala pengecas di dalam kotak.

Kameranya ada 3 di belakang, menggandingkan kamera utama 64MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telemakro 5MP F2.4. Kamera hadapannya pula 20MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Telefon ini memiliki pembesar suara stereo, tetapi tiada lubang jek audio 3.5mm. Tetapi pengguna boleh mencucuk adaptor USB-C ke 3.5mm yang diberikan di dalam kotak jika perlu.

Bacaan Berkaitan

Xiaomi 11 Lite 5G NE pilihan terbaru untuk peminat telefon pintar nipis
Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Xiaomi Pad 5: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: xiaomiXiaomi 11 Lite 5G NEXiaomi Store
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi 11 Lite 5G NE ada diskaun RM200 sempena pembukaan 10 Kedai Xiaomi

Xiaomi 11 Lite 5G NE ada diskaun RM200 sempena pembukaan 10 Kedai Xiaomi

22 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER