• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

TIPS: Punca & cara tangani telefon Android lag

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:46 pm
  • 24/10/2021
  • Komen
TIPS: Punca & cara tangani telefon Android lag
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila peranti Android mempunyai masalah lag (sangkut) seperti bertindak lambat apabila disentuh, aplikasi membeku (freeze) dan prestasinya perlahan, sudah tentu pengguna rasa geram menghadapinya. Bahkan masalah ini adakalanya membuatkan telefon lambat melaksanakan arahan yang mudah, seperti menaip pada papan kekunci atau membuka sesebuah aplikasi.

Ada banyak punca menyebabkan hal ini terjadi. Berikut merupakan 5 sebabnya:



1. Aplikasi rosak

Apabila aplikasi Android beku atau tiba-tiba berhenti berfungsi, ia mungkin terjadi kerana aplikasi tersebut dikodkan dengan teruk. Ia juga boleh berlaku apabila anda memuat turun aplikasi itu dari sebarang sumber selain Play Store. Maka ia mungkin terlepas dari kemas kini, rosak dan akhirnya memperlahankan prestasi telefon anda.

2. Tidak cukup memori

Semakin besar RAM dalam sesebuah peranti, maka semakin banyak aplikasi dapat berjalan serentak. Namun, jika anda guna aplikasi atau permainan yang memerlukan banyak RAM lebih daripada yang boleh diberikan oleh sistem, anda mungkin akan dapati sedikit lag pada telefon. Aplikasi lain yang bekerja di latar belakang juga akan mula menjadi lebih perlahan. Contohnya, papan kekunci anda lag ketika anda menggunakan aplikasi yang memerlukan banyak RAM.



3. Storan dalaman rendah

Apabila anda menerima amaran “Storage Space Running Out”, mungkin ketika ini ada beberapa fungsi penting pada telefon sudah mula bekerja keras untuk melaksanakan tugasnya. Maka mengosongkan sedikit ruang pada telefon Android boleh menyelesaikan masalah ini.

Penggunaan aplikasi seperti Instagram dan Facebook secara berpanjangan adalah antara punca ruang storan tidak mencukupi. Kerana ia menyimpan banyak imej atau fail ke peranti anda dan seterusnya mengisi storan secara beransur-ansur.

4. Terlalu banyak permainan

Bermain permainan yang mempunyai grafik kuat pada tempoh waktu lama di telefon Android juga, boleh menyebabkan telefon lag. Hal ini terjadi kerana permainan membebankan pemproses di telefon anda. Ia akhirnya menyebabkan peranti menjadi panas. Pemproses sensitif terhadap haba. Semakin panas telefon anda, semakin perlahan ia berfungsi.

5. Perisian yang ketinggalan

Mengemaskini ke sistem operasi terkini dapat menangani masalah dalam sistem perisian sebelumnya. Setiap sistem operasi Android yang baru dikeluarkan akan disertakan dengan lebih banyak peningkatan. Maka, sistem operasi yang tidak dikemaskini boleh menjadi punca telefon anda lag.

Jika anda menghadapi masalah lag ini, berikut merupakan 4 cara yang boleh anda cuba untuk tenganinnya.

1. Kemaskini aplikasi

Pastikan aplikasi anda sentiasa dikemaskini. Sekiranya aplikasi masih lag, pertimbangkan untuk padam aplikasi itu dan cari aplikasi lain sebagai ganti. Sekiranya aplikasi itu sudah sedia ada dalam telefon, anda mungkin tidak boleh memadamnya, maka matikan aplikasi itu.

Cara mudah untuk padam aplikasi ialah, tekan ikon aplikasi dalam 1 saat di skrin utama kemudian pilih uninstall.

2. Kosongkan sedikit ruang storan & kosongkan cache aplikasi

Periksa baki storan yang tinggal dalam telefon dan lihat perkara apa yang paling banyak menggunakan storan. Kemudian, padamkannya. Anda juga boleh gantikan aplikasi berat dengan versi yang lebih ringan atau cari alternatif aplikasi lain. Selain itu, pindahkan fail ke kad SD atau pindahkan media ke awan.

Bersihkan cache dari aplikasi juga dapat bantu kurangkan lag kerana ia akan padam fail sementara yang disimpan oleh aplikasi. Untuk lakukannya:

  1. Buka tetapan
  2. Buka App & Notifications
  3. Pilih aplikasi
  4. Tekan Storage usage dan tekan Clear Cache

3. Pastikan telefon sejuk

Selepas anda gunakan telefon dalam tempoh yang lama untuk untuk bermain permainan, rehatkan telefon anda dalam beberapa minit supaya ia sejuk. Aplikasi permainan cenderung menggunakan banyak RAM dan memori.

4. Kosongkan sedikit memori

Sekiranya telefon anda kurang memori, padam aplikasi yang menggunakan banyak RAM atau aplikasi yang tidak digunakan dan keluarkan beberapa widget dari skrin utama. Cara terbaik untuk membebaskan memori adalah dengan menghidupkannya (restart) semula. Sebaiknya, restart telefon dua minggu sekali.

5. Factory Reset

Ini merupakan pilihan terakhir yang boleh dilakukan, proses ini akan memadam semua fail dan mengembalikan telefon Android anda kepada keadaan asalnya seperti mula-mula beli dahulu. Fail yang sudah dipadam tidak boleh didapatkan semula. Oleh itu, pastikan anda back-up semua data anda terlebih dahulu.

Untuk lakukannya:

  1. Buka tetapan
  2. Pilih Back up and reset
  3. Pilih Factory reset
  4. Pilih Erase all data
  5. Masukkan kata laluan telefon

Namun jika telefon masih lag setelah lakukan 5 perkara ini, ia bermakna telefon anda mungkin mempunyai masalah komponen (hardware). Maka, anda perlu hantarnya ke kedai untuk perbaiki.

Ia juga mungkin merupakan tanda bahawa anda perlu naik taraf peranti kerana perkakas telefon sudah lama. Sebaiknya, anda tukar telefon baru apabila kemaskini keselamatan bulanan tidak boleh dilakukan lagi. Kebanyakan pengeluar telefon pintar akan menyediakan kemaskini keselamatan 2 tahun, Samsung menjanjikan kemaskini keselamatan 4 tahun, manakala Google Pixel 6 yang baru dilancarkan pula menyediakan kemaskini keselamatan 5 tahun.

[Sumber: MakeUseOf]

[Sumber gambar: Freedom]

Bacaan berkaitan

TIPS: 9 cara mudah panjangkan hayat bateri telefon
Pastikan anda elak 4 bahan ini ketika bersihkan skrin telefon
TIPS: Cara jejak iPhone walau bateri habis atau telefon dimatikan
Tags: androidiOS
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Punca & cara tangani telefon Android lag

TIPS: Punca & cara tangani telefon Android lag

24 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER