• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:59 pm
  • 20/10/2021
  • Komen
Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Yang ditunggu sudah tiba. Keluarga Pixel 6 sudahpun dilancarkan secara rasmi oleh Google dalam satu livestream dan sebahagian besar maklumat-maklumat yang terbocor ke dalam Internet didapati benar.

Paling menarik adalah pada cip Google Tensor, cip hasilan sendiri yang menguasakan telefon ini, sama seperti inisiatif Apple dengan cip M1 mereka. Seperti kebiasaannya, telefon Pixel memang tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Pasaran terhampir untuk anda dapatkannya adalah Singapura ataupun tunggu sahaja jualan unit import dalam pasaran Malaysia.



Harga Google Pixel 6 | 6 Pro

Siri Google Pixel 6 ditawarkan dalam beberapa varian. Asasnya ia dibahagikan kepada Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6. Mereka dibezakan pada kapasiti RAM, storan, dan beberapa perbezaan lain. Berikut adalah senara harga siri Pixel 6 di A.S:

  • Pixel 6 Pro (128GB) – USD899 (RM3,738)
  • Pixel 6 Pro (256BG) – USD999 (RM4,153)
  • Pixel 6 Pro (512GB) – USD1,099 (RM5,469)
  • Pixel 6 (128GB) – USD599 (RM2,490)
  • Pixel 6 (256GB) – USD699 (RM2,906)

Spesifikasi Google Pixel 6 Pro

Pixel 6 Pro adalah yang paling berkuasa antara dua produk yang dilancarkan ini. Di bahagian mukanya ada paparan paparan OLED 6.71” QHD 120Hz. Atas papan utama, ia dikuasakan SoC hasilan sendiri Google yang diberinama Google Tensor. Cip ini mengandungi 8 teras pengkomputeran pelbagai frekuensi. Untuk GPU, ia menggunakan komponen Mali-G78 MP20.



Varian Pro memiliki RAM seluas 12GB manakala storan pula boleh dipilih sama ada 128, 256 ataupun 512GB.

Pixel 6 Pro menggunakan konfigurasi trikamera belakang. Mereka masing-masing-masing menerima sensor 50MP (kamera utama), 48MP (4x zum optikal), dan 12MP (ultralebar). Kamera selfie telefon ini diperkasa sensor 11.1MP.

Bateri Pixel 6 Pro agak besar dan padanlah dengan saiznya. Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah tangki bateri 5,003mAh yang dicas pada kadar 30W ataupun secara wayarles pada kadar 23W.

Pixel 6 Pro ditawarkan dalam warna:

  • Stormy Black
  • Cloudy White
  • Sorta Sunny

Spesifikasi Google Pixel 6

Pixel 6 miliki sebahagian besar perkakasan 6 Pro, jadi ia tidaklah kurang hebatnya. Telefon ini masih diperkasa cip Google Tensor.

Paparannya sedikit kecil pada 6.4”. Panelnya masih daripada jenis OLED tapi resolusi ditetapkan pada FHD+ dan refresh rate pada paras 90Hz. Badan yang kecil bermakna kapasiti bateri yang lebih rendah iaitu 4,614mAh. Namun, kerja-kerja mengecas tetap sama, pada 30W dan ada juga kaedah mengecas secara wayarles melebihi 20W untuk digunakan.

Di bahagian storan, Pixel 6 hadir dengan pilhan 128GB ataupun 256GB manakala kapasiti RAM-nya ditetapkan pada paras 8GB.

Pixel 6 tidak didatangkan dengan kamera telefoto, tapi ia masih terima dua baki kamera 6 Pro iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 12MP. Untuk kamera selfie, ia tidak mewarisi komponen saudara besarnya sebaliknya Cuma dibekalkan kamera 8MP.

Pixel 6 ditawarkan dalam warna:

  • Stormy Black
  • Kinda Coral
  • Sorta Seafoam
Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 6google pixel 6 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya

Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya

20 Oktober 2021
TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER