• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Siri Samsung Galaxy Watch4 pemudah cara dalam pelbagai aspek kehidupan

  • OLEH Penaja
  • 1:53 pm
  • 25/10/2021
  • Komen
Siri Samsung Galaxy Watch4 pemudah cara dalam pelbagai aspek kehidupan
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung

Galaxy Watch4 & Watch4 Classic adalah jam tangan pintar tercanggih daripada Samsung. Untuk tahun 2021, Samsung dan Google telah berganding bahu dalam penghasilan gajet ini. Di pihak Samsung, mereka menyediakan perkakasan yang padu untuk menempatkan sistem operasi Wear OS powered by Samsung dan Google.



Hal ini bermakna, siri Galaxy Watch4 kali ini lebih bersifat terbuka dan manfaatnya boleh dinikmati oleh lebih ramai pengguna Android.

Ekosistem Samsung berpadu dengan Google

Sistem operasi yang didukung siri Galaxy Watch4 dibangun bertunjangkan Wear OS powered by Samsung. Jadi, semua manfaaat yang anda nikmati di telefon Android, sebahagian besarnya boleh dirasai di jam tangan ini.



Misalnya anda boleh dapat panduan navigasi Google Maps terus di pergelangan tangan anda. Ciri ini sangat berguna sekiranya anda perlukan pemandu arah sewaktu menunggang motorsikal ataupun berbasikal. Ia lebih selamat kerana jam tangan ini kalis air dan tersemat kemas di tangan berbanding anda gunakan telefon dan pasangkannya di handlebar.

Kemudian, apabila anda merakam aktiviti sukan anda menggunakan jam ini, data daripada Samsung Health boleh disalin ke Google Fit tanpa masalah. Ciri ini amat berguna sekiranya anda ada lebih daripada satu jenis alat penjejak kerana semua data-data ini akan disekalikan di satu tempat untuk rujukan anda di kemudian hari.

Nampak sama di luar, nyata berbeza di dalam

Jika anda biasa dengan siri Galaxy Watch, anda tidak akan berasa janggal apabila menaik taraf ke Galaxy Watch4 kerana antara muka jam ini sama seperti versi-versi sebelumnya. Samsung mengekalkan penggunaan antaramuka One UI merentasi produk-produk mereka bagi memastikan pengalaman yang lancar antara gajet.

Salah satu benda yang anda perlu cuba ialah tambat True Wireless Stereo (TWS) kepada jam tangan anda dan dengar Spotify terus daripadanya. Siri Galaxy Watch4 juga ada varian yang menyokong rangkaian 4G LTE. Jika anda milikinya, anda boleh terus nikmati servis penstriman lagu, walaupun telefon anda ditinggalkan di rumah.

Kalau sayangkan data Internet, siri Galaxy Watch4 didatangkan dengan storan 16GB untuk anda masukkan segala macam lagu kegemaran.

Walaupun tidak lagi menggunakan TizenOS, manfaat-manfaat daripadanya sistem operasi terdahulu tetap diwarisi kepada sistem operasi Wear OS powered by Samsung. Paling saya suka ialah fungsi Samsung Pay. Dengannya, boleh lakukan pembayaran sewaktu beli-belah dengan mudah dan pantas.

Anda boleh masukkan maklumat kad kredit/debit anda pada Samsung Pay dan lakukan pembayaran di mana-mana sahaja kaunter yang menyokong pembayaran berasaskan kad.

Anda alami kemalangan? Siri Galaxy Watch4 akan dapatkan bantuan

Cuba bayangkan anda sedang beraktiviti, tak kiralah bersenam ataupun bekerja, dan secara tiba-tiba anda terjatuh. Lebih parah, anda keseorangan ketika itu dan bantuan mungkin lewat sampai.

Siri Galaxy Watch4 boleh menjadi penyelamat dengan fungsi Fall Detection. Apabila jam tangan mengesan impak yang teruk bila anda memakainya, ia akan menghantar mesej SOS mengandungi lokasi anda dan seterunya membuat panggilan SOS kepada individu yang sudah anda tetapkan. Ketika ini setiap saat penting, lebih cepat bantuan diminta, lebih pantas bantuan sampai kepada anda.

Tidak setakat mengesan impak, fungsi SOS ini boleh dicetuskan secara manual dengan menekan butang fizikal jam mengikut pola tertentu. Ciri ini berguna sekiranya anda menghadapi kecemasan yang bukan daripada jenis impak.

Gayakan seunit Galaxy Watch4 hari ini

Galaxy Watch4 & Watch4 Classic memang sarat dengan ciri-ciri yang boleh membantu anda daripada pelbagai aspek kehidupan terutamanya kesihatan.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan mana-mana varian jam tangan pintar ini, berikut adalah pilihan anda:

  • Galaxy Watch4 Classic LTE (46mm) – RM1,699
  • Galaxy Watch4 Classic LTE (42mm) – RM1,599
  • Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (46mm) – RM1,399
  • Galaxy Watch4 LTE (44mm) – RM1,299
  • Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (42mm) – RM1,299
  • Galaxy Watch4 LTE (40mm) – RM1,199
  • Galaxy Watch4 Bluetooth (44mm) – RM999
  • Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) – RM899

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: malaysiapenajasamsungsamsung galaxysamsung galaxy watch4samsung galaxy watch4 classic
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Samsung Galaxy Watch4 pemudah cara dalam pelbagai aspek kehidupan

Siri Samsung Galaxy Watch4 pemudah cara dalam pelbagai aspek kehidupan

25 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER