• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Kemampuan sari kata di Zoom kini boleh diguna oleh semua

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:51 pm
  • 26/10/2021
  • Komen
Kemampuan sari kata di Zoom kini boleh diguna oleh semua
Share on FacebookShare on Twitter

Zoom mengumumkan bahawa, sari kata yang dijana secara automatik atau dikenali sebagai Live Transcript, kini tersedia di semua akaun Zoom Meetings percuma. Sebelum ini, ciri tersebut hanya boleh digunakan melalui akaun berbayar dan Zoom Webinar sahaja.

Ciri ini dilihat sangat berguna buat individu dengan masalah pendengaran. Malah, ia juga sangat membantu peserta Zoom yang terpaksa menyertai mesyuarat ketika berada di lokasi awam yang bising dan alat pendengaran seperti fon telinga mengalami kerosakan.



Buat masa ini, kemampuan untuk transkrip hanya tersedia dalam bahasa Inggeris. Namun, Zoom merancang untuk mengembangkannya kepada bahasa lain pada masa hadapan. Tanpa Live Transcript, hos Zoom mungkin perlu menggunakan perkhidmatan sari kata pihak ketiga atau menambah sari kata mereka sendiri secara manual. Maka, perkara ini sudah tentunya akan menyukarkan urusan dan membuang masa.

Cara menggunakan Live Transcript

Ciri ini memerlukan Zoom versi 5.7.0 dan ke atas. Untuk membolehkan ciri ini ada di akaun Zoom, hos atau admin boleh ikut langkah di bawah:



  1. Pemilik akaun atau pengguna admin perlu log masuk ke portal web Zoom.
  2. Kemudian dalam menu, cari account management.
  3. Pilih account setting
  4. Klik tab meeting.
  5. Di bawah in meeting (advanced), hidupkan pilihan sari kata.

Seterusnya, ketika sedang bersiaran langsung, anda perlu tekan butang Live Transcript pada bahagian menu di bawah. Kemudian tekan enable. Setelah itu, sari kata akan muncul berwarna putih pada bahagian bawah video mesyuarat anda.

Sebelum ini, aplikasi Tiktok juga merancang untuk memperkenalkan ciri yang hampir sama. Ia dikenali sebagai auto captions. Ciri ini membolehkan penonton membaca perkataan yang di transkrip sambil mendengar kandungan video. Begitu juga dengan Stories di Instagram, ia mempunyai kemampuan untuk mentranskripsikan audio di dalam video. Pengguna hanya perlu menggunakan pelekat Caption untuk mengaktifkannya.

[Sumber: TheVerge, Zoom]

Bacaan Berkaitan

Tiktok bantu pengguna pekak faham kandungan video dengan sarikata automatik
Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels
Instagram Stories sedia ciri terjemah, bantu pengguna faham lebih 90 bahasa
Tags: zoom
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Kemampuan sari kata di Zoom kini boleh diguna oleh semua

Kemampuan sari kata di Zoom kini boleh diguna oleh semua

26 October 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN