• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:32 pm
  • 06/05/2021
  • Komen
Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram kini mempunyai pelekat (sticker) sari kata automatik untuk Stories, ia akan mentranskripsikan audio di dalam video apabila anda menggunakannya.

Ciri ini merupakan satu penambahbaikan bagi membantu individu pekak atau kurang pendengaran untuk memahami kandungan video. Malah, ia juga boleh menjadi rujukan kepada individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris apabila menonton Stories yang mengandungi bahasa itu.



Selain itu, ia juga boleh dimanfaatkan kepada pengguna yang tidak dapat mendengar audio pada video, contohnya apabila berada di kawasan yang bising.

Boleh pilih font

Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih font dan warna sari kata yang dimahukan untuk diletakkan pada video stories.



Sound off 🗣
…with sound off 🔇

Now you can add a captions sticker in Stories (coming soon to Reels) that automatically turns what you say into text.

We’re starting in a handful of countries and hope to expand soon. pic.twitter.com/OAJjmFcx4R

— Instagram (@instagram) May 4, 2021

Selain itu, anda juga boleh menyunting perkataan yang tidak ditranskripsikan dengan tepat sebelum memuat naik video itu. Anda boleh betulkan ejaan, tanda baca atau kata-kata yang tidak di tulis dengan tepat.

Namun begitu, buat masa sekarang sticker ini tersedia hanya di negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sahaja, tetapi ia akan dilancarkan di Negara lain tidak lama lagi. Di samping itu, Instagram juga akan mula menguji sari kata automatik di Reels.

Baru-baru ini, Tiktok ada memperkenalkan ciri sari kata automatik, tetapi ia hanya tersedia dalam bahasa Inggeris Amerika (American English) dan bahasa Jepun sahaja buat masa ini.

[Sumber: TheVerge]

Tags: instagramInstagram Stories
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels

Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels

6 May 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN