Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tiktok bantu pengguna pekak faham kandungan video dengan sarikata automatik

TikTok umum akan perkenalkan ciri auto captions iaitu sarikata automatik kepada penggunanya. Ciri ini membolehkan penonton membaca perkataan yang di transkrip sambil mendengar kandungan video. Ia juga khusus untuk pengguna yang ada masalah pendengaran dan pekak bagi membantu mereka memahami kandungan video.

Penggunaan auto captions

Apabila anda selesai rakam atau memuat naik video untuk dikongsikan di Tiktok, anda akan diberi pilihan untuk mengaktifkan auto captions pada video anda ketika sedang melakukan suntingan. Jika anda setuju untuk ada auto captions, audio dalam video anda akan ditranskrip dan captions akan ditampilkan secara automatik pada video.

Kemudian, anda boleh juga mengubah auto captions itu sekiranya ada perkataan yang tidak ditraskrip dengan tepat.

Ciri ini sangat sesuai diaktifkan apabila anda berada di lokasi yang bising dan tidak membawa fon telinga. Ia akan bantu anda faham kandungan sesebuah video tanpa perlu mendengar audio.

Malah, ia juga berguna jika anda sedang menonton video dengan bahasa yang anda tidak fasih. Kadang-kadang, lebih mudah untuk memahami apa yang dikatakan di dalam video sambil membaca sarikata.

Tetapi menjadi masalah juga kalau auto captions yang tertera tidak tepat dan pencipta kandungan tidak membetulkannya. Kita yang tonton pun akan rasa tidak puas hati. Jadi, sekiranya anda tak nak melihat auto captions itu, anda boleh matikannya dengan membuka panel kongsi (share) pada video, pilih butang caption dan tetapkan caption off.

Pada peringkat awal, ciri ini akan tersedia dalam bahasa Inggeris Amerika (American English) dan bahasa Jepun sahaja. Namun ia akan menyokong beberapa bahasa tambahan lain dalam masa akan datang.

Di Youtube, ciri sari kata automatik ini dah ada sejak tahun 2009 lagi. Anda boleh aktifkannya di bahagian tetapan jika anda mahu. Ia kini menyokong bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Rusia, Sepanyol, Turki, dan Vietnam. Mungkin pada masa hadapan auto captions di TikTok juga akan menyokong bahasa-bahasa tersebut.

[Sumber: Techcrunch, Tiktok]