• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Action 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 28/10/2021
  • Komen
DJI Action 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

DJI mengumumkan pengganti kepada DJI Osmo Action yang mereka lancarkan dalam tahun 2019. DJI Action 2 tampil dengan rekaan sangat berlainan daripada model sebelumnya.

Harga DJI Action 2 di Malaysia

DJI Action 2 Power Combo dijual pada harga RM1,999. Dalam kombo itu, anda dapat DJI Action 2, DJI Action Power Module, Magnetic Lanyart, Magnetic Adapter Mount, dan USB-C. Satu lagi combo adalah DJI Action 2 Dual-Screen yang boleh didapati pada harga RM2,499. Anda dapat semua pada Power Combo dengna tambahan DJI Action 2 Front Touchscreen.



Anda boleh dapatkan DJI Action2 secara dalam talian di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi DJI Action 2

Pada sudut konsep, DJI Action 2 menggunakan tema modular seperti yang boleh anda temui pada Insta360 One R. Bahagian kameranya terkandung dalam badan berbentuk kuboid dan badan itu boleh disambungkan kepada kuboid kedua, sama ada modul paparan ataupun modul kuasa.



Modul kameranya dilengkapi sensor 1/1.7” 12MP, sedikit lebih besar berbanding sensor GoPro Hero10 1/2.3”. Ciri penstabil imej Rocksteady telah ditambah baik kepada versi 2.0 manakala fungsi baharu HorizonSteady diperkenal, fungsi yang sama seperti Horizon Leveling pesaing GoPro-nya.

Di bahagian belakang modul utama, anda boleh gunakan paparan peka sentuhan 1.76”. Dengan modul kamera sahaja, anda boleh rakam sehingga 1 jam video FHD berbekalkan bateri 580mAh.

Di modul paparan, selain ia ada paparan yang sama macam unit utama ia juga bertindak sebagai bekalan tenaga. Kalau anda perlukan tenaga lebih banyak,modul baterinya mengandungi 1,300mAh untuk mengekalkan operasi modul utama.

DJI Action 2 merakam video 4K sehingga 120fps kedalam storan 32GB terbina unit utama. Di modul paparan, ada slot mikro-SD untuk anda gunakan ketika merakam. Kalau anda perlukan video gerak perlahan, ia boleh pergi sehingga 240fps pada resolusi FHD.

Pada segi kelasakan, ia boleh menyelam sehingga 10m dalam tanpa sebarang peralatan tambahan.

Disebabkan bentuknya yang unik, maka anda perlukan solusi mounting yang baharu. Ia melekat pada kaki peuyambung menggunakan magnet dan diperkukuh dengan klip.

Saya sedikit skeptik dengan kamera DJI Action 2 ini kerana ia akan hadapi masalah sama seperti GoPro Session. Dalam keadaan anda perlu merekod untuk jangka masa panjang, bagaimanakah untuk elakkan proses rakaman anda terganggu akibat kamera kehabisa bateri? Pada kamera aksi konvensional lain, cuma perlu buka penutup bateri dan gantikannya.

Begitu juga apabila anda perlukan storan baharu untuk gantikan yang sudah penuh.

Jadi pada saya, kepraktikalan DJI Action 2 hanya terhad pada penggunaan kasual, bila bateri atau storan penuh, anda berhenti berehat.

Bacaan Berkaitan

GoPro Hero 10 Black: Maklumat penjualannya di Malaysia
Osmo Action Beri Tamparan Padu Pada GoPro Hero 7 Black
Tags: djidji action 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Action 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

DJI Action 2: Maklumat penjualannya di Malaysia

28 October 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN