• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pelekat pautan Stories Instagram dikembangkan kepada semua

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:35 pm
  • 28/10/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Instagram ada uji kemampuan kongsi pautan di Stories melalui pelekat kepada sebahagian kecil pengguna, antaranya ialah mereka yang mempunyai akaun yang telah disahkan dan memiliki bilangan pengikut tertentu. Kini, ciri tersebut telah dikembangkan kepada semua.

Melalui pelekat itu, pengguna boleh masukkan pautan apa-apa sahaja yang dimahukan. Contohnya, perniaga di Instagram boleh pautkan produk jualan mereka, manakala pendidik, doktor atau aktivis boleh pautkan sumber artikel dari luar untuk dijadikan rujukan kepada pengikut. Apabila pengguna lain tekan pada pelekat itu, mereka akan dibawa kepada halaman yang anda pautkan. Konsepnya sama seperti swipe up, tetapi ciri itu hanya diberikan kepada pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 ribu pengikut sahaja.



Meskipun ciri ini boleh diguna oleh semua, tetapi sesiapa sahaja yang berulang kali berkongsi maklumat palsu, akan kehilangan akses pada pelekat pautan ini.

Cara tambah pautan pada Stories

Untuk tambah pautan pada Stories, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Muat naik kandungan di Stories anda
  2. Pada bar navigasi di bahagian atas, pilih pelekat
  3. Pilih pelekat Link dan tambahkan pautan yang anda mahukan.
  4. Tekan Done
  5. Letakkan pelekat tersebut pada bahagian yang sesuai di Stories anda, seperti pelekat yang lain. Anda juga boleh tukar warna pelekat pautan dengan menekan pada pelekat itu.

Buat masa ini, pautan hanya boleh diletakkan pada Stories sahaja. Instagram masih belum merancang untuk membawanya ke halaman suapan Instagram atau bahagian lain di dalam aplikasi. Sekiranya anda masih belum boleh akses ciri ini, mungkin ia sedangkan dikembangkan secara berfasa kepada pengguna.

[Sumber: TheVerge, Instagram]

Bacaan Berkaitan

Instagram uji kemampuan pelekat link pada Stories untuk kegunaan semua
Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer
Live Instagram boleh dijadualkan, tetapkan ia 90 hari sebelum bermula
Tags: instagramInstagram Stories
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023

Pelekat pautan Stories Instagram dikembangkan kepada semua

28 Oktober 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

26 Januari 2023
Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

25 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER