• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spotify turunkan harga Premium Mini dan beri diskaun 50% untuk Pelajar

  • OLEH Najib
  • 3:54 pm
  • 28/10/2021
  • Komen
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify hari ini mengumumkan ketibaan pelan-pelan baru yang lebih mampu dimiliki untuk rakyat Malaysia. Dengan ini pengguna boleh menikmati fungsi Spotify Premium, dengan had dikenakan untuk beberapa perkara.

Terdapat dua pelan baru dalam pengumuman ini iaitu Premium Student dan Premium Mini. Pelajar institusi pengajian tinggi boleh melanggan pelan Premium yang sama dengan harga lebih murah. Manakala pelan Premium Mini telah dilancar di Malaysia pada bulan Ogos lepas, kini dengan harga yang lebih rendah.



Spotify Premium Student

Pelajar IPT hanya perlu membayar separuh daripada harga premium asal, iaitu hanya RM7.50/bulan. Pelan ini menyediakan semua fungsi premium, dengan diskaun untuk pelajar IPT.

Pelan ini layak untuk pelajar yang mendaftar di kolej atau universiti yang diiktiraf dan berumur 18 tahun ke atas. Ia boleh dilanggan sehingga 4 tahun, bergantung kepada status pelajar. Untuk mendaftar pelan ini, pelajar perlu membuat pengesahan menerusi perkhidmatan pihak ketiga yang dipanggil SheerID.



Apabila pelajar telah tamat pengajian, akses kepada Premium Student diberikan sehingga 12 bulan dari hari terakhir langganan atau membuat pengesahan semula. Selepas itu, pengguna akan diubah langganan kepada Premium Individual pada harga RM14.90/bulan secara automatik.

Spotify Premium Mini

Walaupun menawarkan langganan harian dan mingguan, Premium Mini sebenarnya dikenakan banyak sekatan berbanding pelan Premium Individu. Premium Mini berharga RM0.75/hari atau RM2.90/bulan sahaja.

Tetapi ia adalah akaun prabayar, jadi pengguna perlu memastikan kredit mereka mencukupi untuk setiap kali langganan tamat, jika mahu terus melanggan. Jika kredit tidak mencukupi, akaun pengguna akan bertukar kepada akaun Percuma.

Pengguna juga perlu ambil tahu sekatan yang dikenakan untuk akaun Premium Mini. Antara fungsi premium yang diberikan adalah akses kepada jutaan lagu dan pocast tanpa had, tiada iklan antara lagu, main lagu tanpa susunan dan melangkau lagu tanpa had.

Tetapi pengguna hanya boleh menggunakan Spotify hanya pada 1 peranti, dan memuat turun sebanyak 30 lagu sahaja. Jika mahu muat turun lagu baru, perlu padam untuk sediakan ruang dahulu. Selain itu, pelan ini hanya berfungsi di telefon pintar dan tablet sahaja. Tidak boleh dimainkan di jam pintar, speaker pintar, tv pintar, kereta, dan lain-lain peranti.

Pelan Premium lain

Kepada pengguna yang mahu akses premium penuh, Spotify menyediakan beberapa pilihan langganan. Untuk individu, ia berharga RM14.90/bulan. Akses kepada 2 akaun pula, boleh melanggan Premium Duo berharga RM19.80/bulan. Jika mahu akses sehingga 6 akaun, langgan pelan Premium Family berharga RM23.80/bulan.

Spotify menyediakan pembayaran melalui kad debit/kredit, atau menerusi bil syarikat telekomunikasi yang menyertai iaitu Digi, Maxis dan Celcom.

Bacaan Berkaitan

Spotify Premium pelan harian ditawarkan pada harga RM1
Spotify lancarkan pesaing Clubhouse yang bernama Greenroom
Akaun Spotify Family naik harga, ini alternatif yang lebih murah
Tags: SpotifySpotify PremiumSpotify Premium MiniSpotify Premium Student
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan

Spotify turunkan harga Premium Mini dan beri diskaun 50% untuk Pelajar

28 October 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER