• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 9 dengan kuasa Snapdragon 778G akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:07 pm
  • 02/11/2021
  • Komen
Huawei Nova 9 dengan kuasa Snapdragon 778G akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan tiga produk baru untuk pasaran Asia Pasifik minggu lepas, tetapi baru satu diumumkan untuk pasaran Malaysia iaitu laptop MateBook 14s. Kini Huawei Malaysia memaklumkan satu lagi produk tersebut akan muncul, telefon pintar Nova 9.

Acara pelancaran untuk Huawei Nova 9 di Malaysia akan diadakan pada hari Selasa, 8 November 2021, jam 8 malam. Ia pasti akan boleh ditonton secara dalam talian.



Strim JOOX dan menang

Bagi meraikan ketibaan Nova 9, Huawei Malaysia bekerjasama dengan platform penstriman lagu JOOX, untuk mengadakan pertandingan HUAWEI X JOOX Stream and Win. Dari sekarang sehingga 4 November 2021, semua rakyat Malaysia berpeluang memenangi fon telinga Huawei Freebuds 4 bernilai RM599 dengan menyertai pertandingan ini.

Caranya, daftar masuk ke aplikasi JOOX dan mainkan lagu Huawei Nova 9 Song di playlist Huawei Branded selama 9 jam sepanjang tempoh pertandingan. Jumlah masa penstriman akan dirakam oleh sistem JOOX.



Seorang pemenang akan dipilih selepas tamat pertandingan dan akan diumumkan menerusi sistem permesejan JOOX.

Spesifikasi Nova 9

Huawei memasarkan Nova 9 sebagai telefon pintar dengan sistem kamera ultra-vision. Ia memiliki empat kamera belakang, dengan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor RYYB. Gandingannya adalah kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Ia dilengkapi skrin OLED 120Hz HD Penuh, seluas 6.57-inci.

Kuasa penggerak pula diuruskan oleh pemproses Snapdragon 778G, tetapi tanpa 5G. Ini kerana sekatan Amerika Syarikat, mengakibatkan Huawei tidak boleh mendapatkan bekalan cip 5G. Laman produk Huawei Malaysia menyenaraikan Nova 9 bersama RAM sebesar 8GB dan storan seluas 256GB.

Bateri berkapasiti 4,300mAh terdapat di dalam Nova 9 dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W. Hanya 38 minit untuk mengecas penuh. Telefon ini juga menyokong sambungan wayarles dalam bentuk Wifi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.2.

Nova 9 menggunakan sistem operasi EMUI 12, tetapi ia masih belum boleh menggunakan perkhidmatan Google. Pelbagai aplikasi Android boleh dimuat turun menerusi Huawei AppGallery.

Bacaan Berkaitan

Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super
Huawei P50 Pro & P50 diumumkan dan Snapdragon 888 jadi tunjang
Huawei MateBook 14s: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: HuaweiHuawei Nova 9
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Huawei Nova 9 dengan kuasa Snapdragon 778G akan tiba di Malaysia

Huawei Nova 9 dengan kuasa Snapdragon 778G akan tiba di Malaysia

2 November 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER