• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wee Ka Siong dedah kabel dasar laut baru ke Malaysia, sangkal hilang pelaburan

  • OLEH Najib
  • 3:06 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Wee Ka Siong dedah kabel dasar laut baru ke Malaysia, sangkal hilang pelaburan
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam siaran langsung debat berkenaan isu kabotaj, Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong berkongsi satu berita baik untuk rakyat Malaysia berkenaan sambungan digital. Walaupun diselubungi pelbagai tohmahan mengenai kabotaj, Wee mendedahkan bahawa projek kabel dasar laut Intra-Asia Express, akan menghubungkan Jepun dan Malaysia, serta Singapura.

Wee berkongsi rakaman panggilan video beliau bersama Naib Presiden NTT, Yoshio Sato menyatakan bahawa kabel dasar laut baru ini akan bermula di Jepun, menyambungkan Filipina serta Kuching di Sarawak, sebelum mendarat di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Sato juga menjelaskan di dalam panggilan tersebut, dia amat memerlukan bantuan daripada Wee untuk menjayakan projek tersebut.



Dari slaid yang dibentangkan, projek itu kini di peringkat perancangan dan dijangka akan diuruskan oleh konsortium gabungan 3 atau 4 syarikat telekomunikasi. Penempatan kabel ini akan dilakukan dengan cara mengelakkan daripada memasuki zon perairan yang dipertikaikan sempadannya dan mengandungi sekitar 16 ke 20 FP (Fibre Pair, Pasangan Fiber).

Dalam debat ini juga, Wee merujuk NTT sebagai pemilik kabel Apricot. Wee mengatakan bahawa projek kabel dasar laut yang dirancang melalui Sabah dan Sarawak, akan menguntungkan negara serta agenda MyDigital.



Projek Kabel Apricot

Facebook dan Google mengumumkan projek kabel dasar laut Apricot pada Ogos 2021, sepanjang 12,000km dan dijangka akan beroperasi pada tahun 2024. Ia menghubungkan Jepun, taiwan, Guam, Filipina, Indonesia dan Singapura, tetapi tidak Malaysia.

Semasa diumumkan, NTT disebut sebagai salah satu daripada 5 ahli konsortium dan menerajui pembinaan dan penyelenggaraan kabel dasar laut ini. Selain itu, NTT juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan berapa kawasan kabel ini mendarat.

Untuk menjawab tohmahan yang dilemparkan berkenaan polisi kabotaj mengakibatkan Malaysia terkeluar daripada projek Apricot, Wee berkongsi video Sato menerangkan tentang projek Apricot dirancang pada tahun 2017 dan Malaysia memang tidak termasuk dalam perancangan. Bagaimanapun, kabel dasar laut lain yang dinamakan MIST yang menghubungkan Myanmar, India, Singapura dan Thailand, akan turut mendarat di Malaysia.

Selain MIST, kabel Asia Submarine-cable Express (ASE), Asia Pacific Gateway (APG), Pacific Crossing-1 (PC-1) dan Jupiter akan bersambung ke kabel Apricot dan menyediakan berbilang laluan ke bandar-bandar utama Asia serta ke Amerika Syarikat.

Bacaan Berkaitan

Lagi Malaysia terlepas peluang jadi lokasi pendaratan kabel dasar laut
Cabotage mungkin sebabkan Malaysia terlepas peluang untuk sertai Echo dan Bifrost
Facebook, Google, Microsoft, dan MyIX persoal keupayaan Malaysia baiki kabel dasar laut?
Tags: apricotcabotagekabotajwee ka siong
Najib

Najib

POPULAR

Wee Ka Siong dedah kabel dasar laut baru ke Malaysia, sangkal hilang pelaburan

Wee Ka Siong dedah kabel dasar laut baru ke Malaysia, sangkal hilang pelaburan

3 November 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN