• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S21 FE mahu jadi telefon pertama dilancar tahun depan

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Galaxy S21 FE mahu jadi telefon pertama dilancar tahun depan
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Galaxy S21 FE tahun ini timbul tenggelam kerana ia pada mulanya diperkatakan akan dilancarkan bersama Galaxy Z Fold 3, dibatalkan, mahu dilancarkan kemudian, dibatalkan lagi dan kini, ia dikatakan akan dilancarkan Samsung. Pada awal tahun hadapan. Malah, ia dijangka akan menjadi telefon pintar pertama Samsung bagi tahun 2022.

Samsung dilaporkan mahu melancarkan Galaxy S21 FE semasa pameran CES 2022, yang berjalan dari 5-8 Januari 2022 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Sebenarnya, agak jarang telefon pintar dilancarkan di pameran ini kerana biasanya ia mempamerkan produk pengguna baru seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.



Tetapi ia mungkin baik untuk Galaxy S21 FE sendiri memandangkan ia tidak perlu bersaing dengan pelancaran telefon pintar lain di masa yang sama. Bagaimanapun, perkara ini masih khabar angin sehinggalah Samsung mengesahkannya.

Rupa sebenar Galaxy S21 FE

Di samping itu, kita dapat melihat rupa sebenar Galaxy S21 FE menerusi pendedahan oleh Roland Quandt. Dia telah berkongsi gambar badan belakang Galaxy S21 FE sebenar yang telah dibuka.



Secara ringkas, ia mewarisi modul kamera belakang Galaxy S21 tetapi dijangka spesifikasi kamera yang berbeza. Tiga lubang kamera ini pastinya memuatkan kamera utama, kamera ultra lebar dan kamera telefoto.

Badan belakangnya kelihatan seperti plastik. Ini tidak menghairankan kerana ia juga digunakan di Galaxy S20 FE untuk mengurangkan kos. Tetapi pilihan warna-warni segar masih dikekalkan iaitu kelabu, ungu, putih dan emas. Mungkin akan ada lebih banyak warna bila dilancarkan nanti.

Selain itu, ura-ura menyatakan bahawa Galaxy S21 FE akan dikuasakan pemproses Snapdragon 888 atau cip Exynos baru berkuasa tinggi. Ia dipadankan bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB.

Skrin pula dijangka sebesar 6.4-inci, jenis AMOLED 120hz dan disertakan bateri 4,500mAh. Ia juga kekal menyokong pengecasan wayarles serta kalis air IP68. Adakah ia akan dijual di bawah RM3,000 seperti Galaxy S20 FE? Kita nantikan pengumuman rasmi Samsung.

[Sumber: Sammobile, PhoneArena]

Bacaan Berkaitan

Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3
Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD
Ini semua peranti yang akan dilancarkan Samsung di Galaxy Unpacked bulan Ogos
Tags: samsungSamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S21 FE mahu jadi telefon pertama dilancar tahun depan

Galaxy S21 FE mahu jadi telefon pertama dilancar tahun depan

3 November 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN