• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Integriti data ujian klinikal vaksin COVID-19 Pfizer didakwa lemah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:42 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Menangkis propaganda anti-vax, ini adalah jangkaan kematian selepas vaksinasi COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar vaksin COVID-19 Pfizer telah melantik beberapa subkontraktor bagi menjalankan ujian klinikal keberkesanan vaksin Comirnaty. Lebih menarik, Pfizer adalah antara yang terawal menerima kelulusan penggunaan kecemasan vaksin itu daripada US Food and Drug Administration (FDA). Namun, kepantasan Pfizer melunaskan Fasa 3 ujian klinikal mungkin boleh dijelaskan oleh pendedahan menarik yang dilakukan bekas pengarah bahagian syarikat yang menjalankan ujian klinikal itu.

Brook Jackson telah dipecat daripada syarikat yang Bernama Ventavia selepas di menghantar e-mel kepada FDA berkenaan amalan tak berintegriti pihak Ventavia semasa menjalankan ujian klinikal Comirnaty. Dalam aduannya, dia berkongsikan tentang isu seperti:



  1. Peserta ujian klinikal tidak dipantau menggunakan kaedah sepatutnya oleh staf klinikal.
  2. Kelewatan daripada segi pemantauan susulan bagi mengetahui kesan sampingan vaksin
  3. Ketakpatuhan protokol gagal dimasukkan dalam dokumen pelaporan
  4. Vaksin tidak disimpan dalam suhu sepatutnya
  5. Spesimen disalah label
  6. Mengugut staf Ventavia yang didapati melaporkan salah laku.

Yang menimbulkan tanda tanya adalah dia dipecat pada tengah hari 25 September 2020, selepas di menghantar e-mel aduan pada waktu pagi hari yang sama. Kemudian, dalam satu dokumen pembentangan Pfizer kepada ahli penasihat FDA yang diserahkan pada 10 Disember 2020 tidak pula memasukkan aduan Jackson tentang Ventavia dan pada 11 Disember 2020, FDA meluluskan permohonan penggunaan kecemasan Comirnaty keluaran Pfizer.

Negara kita mengharapkan data yang telus daripada FDA. FDA pula mengharapkan yang sama daripada Pfizer. Pfizer pula mengharapkan yang sama daripada Ventavia dan semua subkontraktornya.



Sumber: TheBMJ

Bacaan berkaitan

Dos booster campuran Pfizer dan Sinovac secara off-label bermula 22 Oktober 2021
Warga emas 91 tahun jadi yang pertama terima vaksin COVID-19 Pfizer di UK
Tags: COVID-19pfizer
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Menangkis propaganda anti-vax, ini adalah jangkaan kematian selepas vaksinasi COVID-19

Integriti data ujian klinikal vaksin COVID-19 Pfizer didakwa lemah

3 November 2021
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN