Warga emas 91 tahun jadi yang pertama terima vaksin COVID-19 Pfizer di UK

Seorang individu berusia 91 tahun, Margaret Keenan, menjadi orang pertama disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer di UK. Kerajaan UK menggelar hari tersebut sebagai “V-Day” untuk memperingati susah payah barisan hadapan mempertahankan manusia sejagat daripada bahana COVID-19.

UK adalah negara pertama dunia yang memperakukan pengguna vaksin keluaran Pfzier ini untuk kegunaan awam. Vaksin yang disuntik itu adalah adalah sebahagian daripada 800 ribu dos yang akan diedarkan dalam minggu-minggu yang mendatang.

Menurut sumber, sehingga 4 juta dos lagi akan diedarkan sebelum tahun 2020 berakhir.

Kerajaan UK dilapor telah memesan 40 juta dos vaksin Pfizer untuk digunakan dalam program pemvaksinan ini. Ia cukup untuk meliputi 20 juta penduduknya kerana setiap program vaksin memerlukan dua dos dengan jarak 21 hari daripada hari dos pertama diberikan.

Pihak berkuasa di A.S mengesahkan yang vaksin tersebut mencapai tahap keberkesanan setinggi 95%, atara yang tertinggi jika dibandingkan dengan beberapa versi Vaksin keluaran pihak lain.

Vaksin Pfizer paling mudah dan pantas untuk dihasilkan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Pfizer adalah salah satu daripada banyak vaksin yang sedang/telah menjalani ujian klinikal fasa 3. Vaksin-vaksin tersebut ada dalam pelbagai kategori. Produk Pfizer berada dalam kategori Vaksin Genetik kerana menggunakan mRNA untuk mencetuskan tindak balas imun dalam badan.

Vaksin dalam kategori ini paling pantas untuk dihasilkan berbanding vaksin konvensional.

Hal itu kerana, dalam vaksin konvensional, kita perlu melemahkan virus tersebut dan suntik keseluruhan virus masuk ke badan untuk cetuskan reaksi iminisasi.

Untuk vaksin mRNA, saintis menangkap Messenger RNA (mRNA) selepas ia dihasilkan virus COVID-19. mRNA inilah yang menyebabkan simptom penyakit. Namun, saintis terlebih dahulu menyunting mRNA ini dengan membuang bahagian yang tertentu agar tindakbalas imunisasi tercetus tanpa beri kesan sampingan sebelum disuntik kepada pesakit.

Sungguhpun paling cepat dihasilkan, ia adalah yang paling sukar untuk dikendalikan. mRNA adalah protein yang sangat tidak stabil dan sebab itu ia perlukan persekitaran yang supersejuk untuk disimpan.

[Sumber: BBC]