• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi, Realme GT Neo 2 bersama tablet pertama mereka, Realme Pad ke Malaysia. Ia akan ditawarkan dengan harga pengenalan menarik, bagi pembeli terawal.

Tarikh dan Harga Jualan

Peminat boleh mendapatkan Realme GT Neo 2 di Malaysia mulai 11 November 2021, di Stor Rasmi Realme di Lazada dan Shopee. Hanya ada satu varian boleh dibeli di sini, iaitu RAM 12GB dan storan 256GB berharga RM2,099. Warna yang disediakan untuk Realme GT Neo 2 sangat menarik iaitu neon hijau dan biru.



Tetapi khas pada hari pertama jualannya iaitu 11 November 2021, Realme menawarkan diskaun RM100 untuk telefon pintar ini, menjadikan ia berharga RM1,999 sahaja.

Realme GT Neo 2 kini bersaing ketat dengan Xiaomi 11T Pro, dengan harga RM200 lebih murah tetapi pemproses sedikit rendah. Xiaomi 11T Pro dikuasakan cip Snapdragon 888 dan berharga RM2,299 di Malaysia, dengan RAM 12GB dan storan 256GB.



Spesifikasi Realme GT Neo 2

Walaupun tidak sehebat Realme GT asal yang dikuasakan cip Snapdragon 888, Realme GT Neo 2 masih peranti yang perkasa kerana ia dilengkapi cip Snapdragon 870 5G 7nm, bersama RAM sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.

Skrinnya jenis AMOLED 120Hz, berukuran 6.62-inci dengan kadar sentuhan 600hz dan kecerahan setinggi 1,300 nits. Speaker pula stereo, menyokong teknologi Dolby Atmos.

Tenaga disalurkan daripada bateri 5,000mAh dan mengecas pantas dengan kuasa SuperDart Charge 65W. Ia boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 36 minit sahaja. Pengecas wayarles magnetik Realme MagDart, masih tidak kelihatan di telefon baru ini.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 4MP. Kamera hadapan pula 16MP, terletak di sudut kiri atas skrin.

Bacaan Berkaitan

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima
Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
Tags: RealmeRealme GT Neo 2
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia

Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000

3 November 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER