• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM100 untuk Realme C25Y dan Narzo 50i di hari pertama jualan

  • OLEH Najib
  • 11:11 am
  • 05/11/2021
  • Komen
Diskaun RM100 untuk Realme C25Y dan Narzo 50i di hari pertama jualan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari peranti bajet rendah, ada pilihan baru daripada Realme. Selain melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi GT Neo 2 dan tablet Realme Pad, Realme Malaysia turut melancarkan Narzo 50i dan Realme C25Y. Kedua-dua telefon ini harganya bermula di bawah RM600.

Harga dan promosi

Telefon pintar mampu milik Realme ini akan dijual di Malaysia dengan harga berikut:



  • Realme C25Y (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM599
  • Realme C25Y (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM699
  • Realme Narzo 50i (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499

Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual di Malaysia pada 11 November 2021, di Stor Rasmi Realme di Lazada dan Shopee, serta di pengedar sah Realme di Malaysia. Hanya Realme C25Y 128GB boleh dibeli mulai 6 November 2021.

Tetapi peminat boleh mendapatkan diskaun RM100 untuk membeli telefon pintar ini. Hanya di hari pertama jualan iaitu pada 11 November 2021 di Shopee, diskaun juga untuk model 64GB sahaja menjadikan harganya:



  • Realme C25Y (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499
  • Realme Narzo 50i (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM399

Spesifikasi Realme C25Y

Peranti kelas permulaan ini dikuasakan oleh cop Unisoc T610 12nm 8-teras, dikatakan berkuasa tinggi untuk kelasnya. Ia hadir bersama bateri besar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Terdapat tiga kamera di belakanya, gandingan kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera hitam putih 2MP. Kamera hadapan pula 8MP, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Paparannya seluas 6.5-inci HD 720p. Pengimbas capjari pula terletak di belakang.

Realme C25y hadir dalam dua pilihan warna, biru dan hitam.

Spesifikasi Realme Narzo 50i

Maklumat telefon ini agak samar, kerana Realme tidak menyatakan apakah SoC yang digunakan. Ia hanya menyatakan pemproses 8-teras berkelajuan 1.6Ghz, bunyinya sama seperti cip Unisoc T610 di Realme C25Y.

Persamaan lain adalah penggunaan skrin 6.5-inci HD 720p bertakuk kecil, memuatkan kamera hadapan 8MP. Tetapi kamera belakang hanya ada 1 iaitu kamera utama 8MP. Mungkin ini menjadikannya lebih murah berbanding Realme C25Y.

Bateri juga sama besar, 5,000mAh tetapi tiada sokongan pengecasan pantas. Selain itu, Narzo 50i menjalankan sistem operasi Realme UI Go Edition berasaskan Android 11.

Warna juga ada dua untuk Narzo 50i, antara hijau dan hitam.

Bacaan Berkaitan

Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000
Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima
Tags: RealmeRealme C25YRealme Narzo 50i
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Diskaun RM100 untuk Realme C25Y dan Narzo 50i di hari pertama jualan

Diskaun RM100 untuk Realme C25Y dan Narzo 50i di hari pertama jualan

5 November 2021
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER