• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kamera segi tiga di iPhone 13 Pro dan Galaxy S21 Ultra terbukti lebih baik daripada Pixel 6 Pro

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 08/11/2021
  • Komen
Kamera segi tiga di iPhone 13 Pro dan Galaxy S21 Ultra terbukti lebih baik daripada Pixel 6 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika Apple pertama kali memperkenal iPhone 11 Pro dengan tiga kamera belakang, ramai yang mengatakan rekaan seperti segi tiga kelihatan buruk. Tetapi ada yang menyokong, malah membuktikan ia disusun sebegitu untuk menjadikan pertukaran lensa semasa zum lebih lancar.

Ini kerana jarak antara ketiga-tiga lensa sama panjang dan lebih pendek. Berbanding susunan sebaris, lensa pertama dan ketiga menjadi jauh, berbanding dengan lensa di tengah.



Perkara ini disahkan lagi apabila perbandingan dibuat dengan telefon pintar Google Pixel 6 Pro yang baru dilancarkan. Pixel 6 Pro menggunakan susunan tiga kamera belakang sebaris dan mendatar.

Video di bawah ini menunjukkan bagaimana pertukaran lensa utama, lensa ultra lebar dan lensa telefoto di iPhone 13 Pro, berlaku tanpa ada lengah dan perubahan di skrin. Seperti menggunakan hanya satu lensa.



Selain disumbang susunan kamera, dipercayai Apple turut membuat ubahsuai sedikit di perisian bagi menunjukkan previu kamera yang tiada gangguan semasa berubah lensa.

Manakala di Pixel 6 Pro, boleh dilihat terdapat perubahan besar di skrin apabila ia cuba mengubah lensa. Anda boleh nampak apabila zum dibuat di 1x dan 4x/5x, previu gambar bertukar kedudukan.

Bagaimana pula dengan telefon yang memiliki lebih daripada 3 lensa? Dalam hal ini, Samsung dikatakan meniru susunan kamera yang ada di Huawei P40 Pro+, untuk digunakan di Galaxy S21 Ultra. Kedua-dua telefon ini memiliki 4 kamera iaitu kamera utama, kamera ultra lebar dan dua kamera telefoto.

Secara ringkas, Galaxy S21 Ultra seperti menggunakan susunan kamera sebaris dan menegak, ditambah satu lensa di baris kedua. Tetapi ia sebenarnya gabungan dua segi tiga. Kamera utama terletak di tengah, kamera ultra lebar di atas, kamera telefoto 10x di bawah dan kamera telefoto 3x di tepi. Dengan ini, perubahan zum tidak ketara kerana lensa terletak sebelah menyebelah.

Dalam video di atas, zum 0.5x (ultra lebar) ke 1x (utama), kemudian dari 1x ke 3x (telefoto 1) hanya di sebelah jadi tidak ketara perubahan previu gambar. Dari 0.5x terus ke 3x juga tidak jauh. Tetapi ia akan kelihatan nyata jika melompat dari 0.5x ke 10x (telefoto 2)

Adakah susunan kamera ini penting dalam kualiti gambar? Sebenarnya tidak, ia lebih kepada pengalaman penggunaan yang menjadikannya nampak dan terasa lebih lancar. Perkara yang sering diperjuangkan iPhone berbanding lawannya Android. Akhirnya, adalah lebih baik pengguna menilai kualiti gambar, serta rupa bentuk telefon untuk kepuasan hati diri sendiri.

[Sumber: Phone Arena]

Bacaan Berkaitan

Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya
Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil
Ini 4 telefon yang terbaik untuk potret, landskap, zum, dan video menurut pakar
Tags: appleApple iphone 13Apple iPhone 13 ProGooglegoogle pixel 6
Najib

Najib

POPULAR

Kamera segi tiga di iPhone 13 Pro dan Galaxy S21 Ultra terbukti lebih baik daripada Pixel 6 Pro

Kamera segi tiga di iPhone 13 Pro dan Galaxy S21 Ultra terbukti lebih baik daripada Pixel 6 Pro

8 November 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN