• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A95 sah tiba di Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 2:23 pm
  • 08/11/2021
  • Komen
Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar baru mereka, Oppo A95. Pelancarannya akan disertai selebriti tempatan, Aedy Ashraf.

Majlis pelancaran Oppo A95 akan diadakan pada hari Isnin, 15 November 2021. Ia akan disiarkan secara langsung di Facebook Oppo Malaysia dan YouTube Oppo Malaysia, mulai pukul 8 malam.



Oppo menjelaskan, mereka akan menyediakan tawaran menarik semasa pelancaran Oppo A95. Jika tidak diskaun untuk pembeli terawal, pastinya ada hadiah percuma. Kalau nak tau, kena tunggu pengumumannya kelak.

Spesifikasi Oppo A95

Spesifikasi lengkap Oppo A95 masih belum diketahui. Tetapi apa yang telah dikongsikan oleh Oppo adalah, telefon ini akan dikuasakan cip Qualcomm tetapi tidak menyatakan sokongan 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Oppo A95 turut datang dengan sistem RAM Expansion, yang berupaya menukar ruang storan kepada RAM sehingga 5GB bagi melancarkan lagi perjalanan aplikasi.



Bateri pula berkapasiti 4,300mAh di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas Flash Charge 33W. Dari gambar yang terdapat di laman web rasmi Oppo, terdapat tiga kamera belakang dan satu kamera hadapan di sudut kanan skrin.

Jek audio masih terdapat di bawah telefon manakala butang kuasa nampak menonjol keluar, mungkin tiada pengimbas capjari sisi menandakan ia ada skrin OLED dan pengimbas capjari di dalam skrin.

Untuk rujukan, Oppo A93 dilancarkan setahun yang lepas pada harga RM1,299 dengan kuasa Mediatek Helio P95, RAM 8GB dan storan 128GB. Dijangka harga Oppo A95 tidak akan jauh berbeza, sekitar RM1,199 juga nanti.

Bacaan Berkaitan

Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95
Tags: oppoOppo A95
Najib

Najib

POPULAR

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Oppo mula terima pendaftaran minat untuk pelancaran Oppo A95

Oppo A95 sah tiba di Malaysia minggu depan

8 November 2021
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

12 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER