• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan benarkan skrin iPhone 13 dibaiki pihak ketiga

  • OLEH Najib
  • 12:13 pm
  • 11/11/2021
  • Komen
Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil
Share on FacebookShare on Twitter

Kami pernah melaporkan sebelum ini, skrin iPhone 13 tidak boleh diganti pihak ketiga yang tidak diiktiraf oleh Apple. Ini kerana skrin iphone 13 dipadankan dengan cip kawalan mikro, yang memerlukan ia dipadankan secara dalam talian dan menerima kebenaran Apple sahaja. Jika dikesan ia tidak menerima kebenaran, maka Face ID tidak boleh digunakan di telefon tersebut.

Perkara ini dijelaskan oleh iFixit, pakar membaiki telefon pintar dan sering berkongsi video cara-cara membaiki peranti sendiri. Terang iFixit lagi, ia bukan mustahil tetapi menjadi sangat sukar kerana cip kawalan mikro perlu dialihkan bersama skrin dan ia memerlukan perkakas yang mahal dan kerja yang sangat leceh.



Tetapi Apple baru-baru ini telah memberi kenyataan tentang perkara ini. Bercakap kepada The Verge, Apple merancang untuk mengeluarkan kemaskini yang membenarkan penggantian skrin tanpa cip kawalan mikro, dan Face ID boleh digunakan.

Laporan The Verge menyebut:



Tidak lama selepas iPhone 13 dilancarkan, pakar pembaikan mendapati bahawa menukar skrin iPhone 13 akan mengehntikan fungsi Face ID melainkan cip kawalan mikro turut dialihkan bersama skrin asal. Ia adalah proses yang rumit dan menjadikan salah satu jenis penggantian yang paling biasa menjadi sukar untuk juruteknik bebas. Kedai pembaikan yang dibenarkan Apple, sebaliknya, mempunyai akses kepada alat perisian yang boleh mengganti skrin telefon. Untuk kedai pembaikan bebas, perkara mungkin menjadi lebih mudah tidak lama lagi. Bagaimanapun, seperti yang diberitahu oleh Apple kepada The Verge ia akan mengeluarkan kemas kini perisian yang tidak memerlukan anda memindahkan cip kawalan mikro untuk memastikan Face ID berfungsi selepas skrin diganti.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai bilakah kemaskini ini akan dilepaskan. Tetapi sudah pasti, iFixit akan melaporkan berita baik ini jika skrin iPhone 13 sudah boleh diganti dengan mudah.

[Sumber: 9to5mac]

Bacaan Berkaitan

Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil
Kapasiti bateri siri iPhone 13 sekitar 13% lebih besar daripada siri iPhone 12
Anda boleh jadi jurubaik pulih iPhone yang halal bila sertai program ini
Tags: appleApple iphone 13iphone 13
Najib

Najib

POPULAR

Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil

Apple akan benarkan skrin iPhone 13 dibaiki pihak ketiga

11 November 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN