• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kes penipuan e-dagang meningkat tahun 2021, RM57.73 juta kerugian dilaporkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:07 pm
  • 12/11/2021
  • Komen
Kes penipuan e-dagang meningkat tahun 2021, RM57.73 juta kerugian dilaporkan
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang dengan kerugian berjumlah RM57.73 juta telah dilaporkan di seluruh negara pada tahun ini. Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ASP Mohd Sa’adon Sabirin berkata bahawa kes penipuan e-dagang yang dilaporkan adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2020, terdapat 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan. Tahun tersebut merupakan waktu mulanya wabak Covid-19 melanda dan lebih ramai individu mula membuat pembelian secara dalam talian. Dibandingkan dengan dua tahun sebelumnya iaitu tahun 2018, hanya terdapat 3,318 kes melibatkan kerugian berjumlah RM22.39 juta.



Apabila dicampurkan jumlah kerugian yang direkodkan di bawah penipuan e-dagang dari tahun 2018 sehingga Oktober tahun ini, ia menjadikan jumlahnya adalah sebanyak RM149 juta.

Menurut ASP Mohd Sa’adon Sabirin lagi, statistik ini melibatkan mereka yang ditipu dan telah membuat laporan, tetapi beliau percaya masih ada mangsa yang tidak membuat laporan polis selepas kejadian berlaku.



Oleh itu, beliau menggesa mangsa penipuan e-dagang membuat laporan polis bagi membolehkan maklumat dan data berkaitan kejadian dikumpul untuk tindakan dilakukan. Maklumat seperti nombor telefon dan akaun bank yang diterima daripada laporan mangsa akan dikemas kini dalam aplikasi Semak Mule bagi membolehkan orang ramai menyemak maklumat penjual sebelum membuat transaksi.

Di samping itu, pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang, Sazuree Shuib menasihatkan peniaga e-dagang untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust. Platform itu dibangunkan untuk melindungi pengguna dan mengekang aktiviti penipuan oleh peniaga yang menawarkan produk atau perkhidmatan dalam talian.

Untuk elak daripada menjadi mangsa penipuan e-dagang, antara perkara yang anda boleh lakukan ialah sentiasa berjaga-jaga dengan harga yang terlampau murah, pastikan laman web yang anda layari untuk membeli-belah itu selamat serta ketahui reputasi peniaga yang anda berurusan itu.

[Sumber: MalayMail]

Bacaan berkaitan

Kes tipu siber cecah RM2.23 bilion, PDRM & Facebook lancar #TakNakScam didik orang ramai
Tips: 5 cara memastikan transaksi kewangan dalam talian selamat dari serangan siber
TIPS: Membeli-belah dalam talian secara selamat
Tags: e-dagangSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Kes penipuan e-dagang meningkat tahun 2021, RM57.73 juta kerugian dilaporkan

Kes penipuan e-dagang meningkat tahun 2021, RM57.73 juta kerugian dilaporkan

12 November 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER