• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerangka kerja Bitcoin dikemas kini dengan Taproot, kerahsiaan dipertingkat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:36 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Terpedaya pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook, pelajar wanita rugi RM84,600
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak-pihak pemegang taruh dalam dunia Bitcoin telah berkongsi dengan orang awam yang terdapat kemas kini pada pengaturcaraan Bitcoin dan ia dirujuk sebagai kemas kini Taproot.

Taproot perkenal sokongan terhadap Schnorr signatures

Taproot dilihat sebagai cabang lembut (soft fork) kepada ekosistem bitcoin. Pada cabang ini, Schnorr signature diperkenal dan ia menambah baik fungsi kontrak pintar serta mempertingkat prestasi Lingtning Network yang menjadi tunjang kepada rangkaian blockchain Bitcoin.



Antara manfaat yang bakal dinikmati ekosistem Bitcoin adalah seperti:

  1. Tiada perbezaan daripada segi rekod antara transaksi bersaiz besar ataupun bersaiz kecil, orang luar tidak boleh meneka saiz sesuatu transaksi
  2. Data yang direkodkan per transaksi berkurangan dan ia menyumbang kepada penjimatan tenaga.
  3. Sokongan terhadap syarat yang lebih kompleks sewaktu ingin lakukan transaksi

Kemas kini terakhir adalah 2017

Segwit adalah kemas kini terakhir yang berlaku dalam Bitcoin pada 2017. Sepatutnya Taproot diaktifkan dalam bulan Jun 2021 lalu sebaliknya ditunda atas sebab-sebab tertentu.



Salah satu daripadanya adalah bagi memastikan perubahan selancar mungkin tanpa masalah.

Dalam tahun 2013, terdapat kemas kini yang menyebabkan rangkaian Bitcoin hampir runtuh apabila terdapat dua rangkaian blockchain Bitcoin muncul pada satu-satu masa. Pada ketika itu, mereka ingin menghijrahkan ekosistem daripada menggunakan LevelDB kepada Berkeley DB.

Apa maknanya kepada pengguna biasa?

Kemas kini ini mungkin terlalu teknikal untuk difahami. Namun, yang boleh difahami adalah ekosistem Bitcoin akan lebih jimat tenaga dan ia mungkin diterjemah kepada lebih banyak proses mining boleh dilakukan per watt pada kelengkapan anda.

Sumber: CNBC, GitHub, Freedom-to-tinker

Bacaan Berkaitan

Mesin lombong kriptowang RM225 ribu dirampas dari pondok buruk di tengah ladang – SoyaCincau.com

EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah – SoyaCincau.com

Solusi antilombong kriptowang guna GPU Nvidia dipirau dengan gajet RM10 – SoyaCincau.com

Tags: bitcoinkriptowang
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Terpedaya pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook, pelajar wanita rugi RM84,600

Kerangka kerja Bitcoin dikemas kini dengan Taproot, kerahsiaan dipertingkat

15 November 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN