• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:18 am
  • 17/11/2021
  • Komen
Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tidak bersetuju dengan kerangka kerja penstrukturan semula hutang AirAsia X Bhd. (AAX).

Menurut kenyataan media yang mereka keluarkan pada 12 November2021, MAVCOM mendesak AAX untuk merangka semula pelan penstrukturan semula hutang terutamanya pada pengkelasan penumpang dalam kategori “Pemiutang”.



MAVCOM tidak melihat penumpang sebagai pemiutang kerana golongan ini tidak menjual produk kepada AAX, tidak memberikan kemudahan kredit kepada AAX, malahan tiada produk bertukar tangan. Maka dengan sebab itu, MAVCOM akan menggunakan segala kuasa yang diperuntukkan kepada pihaknya untuk memaksa AAX untuk memulangkan kembali wang yang telah dikutip kepada penumpang yang penerbangan mereka tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, AAX menerusi kenyataan media pada 15 September 2021 masih teguh dengan kerangka kerja itu dan tiada sebarang perubahan dilakukan. Memetik sesi undian pada 12 November 2021 lalu sebagai “hampir sebluat suara”, mereka katanya akan terus beroperasi demi kepentingan semua.



Rancangan mereka adalah untuk memulangkan 0.5% daripada jumlah sepatutnya dipulangkan kepada penumpang. Tidak terhad di situ, mereka turut akan memberikan imbuhan berasaskan tunai (baca: kredit) untuk digunakan di servis-servis AirAsia lain berdasarkan prestasi hasil tahunan selama tiga tahun.

Semua akan berlaku sekiranya program penstrukturan semula ini berjaya. Sekiranya tidak, AAX akan dibubuarkan dan menurut AAX, semua tawaran itu akan hangus.

Mengapa kelihatan tanggung jawab diletakkan di atas bahu entiti AAX dan bukannya individu-individu yang menjadi tulang belakang AAX?

Sumber: MAVCOM, AAX

Bacaan berkaitan

AirAsia X cadang untuk pulangkan 0.5% sahaja hutang tiket penerbangan sebagai langkah penstrukturan semula – SoyaCincau.com

AirAsia Super App tawar penerbangan RM12 sehala & pelbagai promosi, sempena ulang tahun pertama – SoyaCincau.com

AirAsia FACES: wajah anda ganti pas masuk pesawat – SoyaCincau.com

Tags: AirAsiaAirAsia Xmavcom
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal

Harapan AirAsia X pulangkan duit tiket terkubur andai rancangan ini gagal

17 November 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN