• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Mahu tapis akaun bot, Instagram minta pengguna swafoto video sebelum log masuk akaun

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:41 pm
  • 17/11/2021
  • Komen
Mahu tapis akaun bot, Instagram minta pengguna swafoto video sebelum log masuk akaun
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram dikesan memerlukan swafoto video (Video selfie) beberapa pengguna, sebelum membenarkan mereka log masuk semula ke dalam akaun masing-masing. Video itu perlu diambil dari pelbagai sudut untuk sahkan identiti mereka. Perkara ini dikongsikan oleh perunding media sosial, Matt Navarra menerusi tangkapan skrin yang disiarkan di Twitternya. Hal ini juga sudah dihadapi oleh beberapa pengguna lain sepanjang bulan ini.

Berdasarkan perkongsian Matt Navara itu, arahan yang diberikan instagram ialah mereka memerlukan pengguna pusingkan kepala kepada pelbagai arah yang berbeza ketika melakukan swafoto video. Hal ini dapat membantu Instagram mengesahkan identiti pengguna.



Video itu tidak akan kelihatan secara umum di Instagram dan ia akan dipadam selepas 30 hari. Instagram juga tidak menggunakan pengecaman wajah dan kumpul data biometrik untuk melakukan pengesahan ini.

Instagram is now using video selfies to confirm users identity

Meta promises not to collect biometric data. pic.twitter.com/FNT2AdW8H2

— Matt Navarra (I quit X. Follow me on Threads) (@MattNavarra) November 15, 2021

Di samping itu, Instagram juga ada keluarkan kenyataannya di Twitter berkaitan hal ini. Menurutnya, swafoto video ini telah wujud lebih daripada setahun yang lalu untuk mengesan bahawa ada individu disebalik sesebuah akaun dan mengesahkan bahawa ia bukanlah akaun bot.



Swafoto video hanya akan dikenakan kepada individu, apabila Instagram mengesyaki akaun itu adalah bot. Contohnya apabila akaun itu like banyak perkongsian atau mengikuti banyak akaun dalam masa yang singkat.

One of the ways we use video selfies is when we think an account could be a bot. For example, if the account likes lots of posts or follows a ton of accounts in a matter of seconds, video selfies help us determine if there's a real person behind the account or not.

— Instagram Comms (@InstagramComms) November 17, 2021

Dikatakan bahawa Instagram telah sekian lama bergelut dengan akaun bot. Akaun tersebut digunakan untuk meninggalkan mesej spam, mengganggu pengguna lain serta digunakan untuk meningkatkan jumlah like (suka) atau follower (pengikut). Mungkin ini merupakan usaha Instagram untuk menghapus akaun bot di platform itu.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer
  • Pelekat pautan Stories Instagram dikembangkan kepada semua
  • Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya
Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Mahu tapis akaun bot, Instagram minta pengguna swafoto video sebelum log masuk akaun

Mahu tapis akaun bot, Instagram minta pengguna swafoto video sebelum log masuk akaun

17 November 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN