• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Telefon Pintar

TIPS: 5 cara cas bateri telefon dengan cepat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:29 am
  • 22/11/2021
  • Komen
TIPS: 5 cara cas bateri telefon dengan cepat
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda berada dalam situasi seperti nak keluar lagi beberapa minit dari rumah atau pejabat, kemudian baru sedar bateri telefon berbaki 2% sahaja? Dalam masa yang sama anda tidak mempunyai power bank untuk caj telefon. Jika pernah, pasti anda gelisah memikirkan cara untuk caj bateri telefon dengan pantas.

Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk caj bateri telefon dengan cepat, berikut merupakan 5 caranya:



1. Aktifkan mod pesawat

Salah satu punca bateri telefon cepat habis adalah apabila telefon anda aktif menerima isyarat rangkaian. Ia termasuklah penggunaan Wi-Fi dan Bluetooth. Walaupun anda tidak menggunakan perkhidmatan ini secara kerap, ia akan terus berfungsi di latar belakang dan mengurangkan kuasa telefon.

Bahkan semasa anda mengecas telefon juga, fungsi tersebut masih menyerap sedikit kuasa bateri. Ia menyebabkan masa pengecasan akan menjadi lama. Maka, untuk bantu telefon anda mengecas lebih pantas, aktifkan mod pesawat bagi memberhentikan semua perkhidmatan rangkaian. Mod pesawat boleh mengurangkan masa pengecasan sehingga 25 peratus.



2. Matikan telefon

Apabila anda mengecas telefon yang hidup, program latar belakang mungkin masih berjalan. Contohnya, sambungan Wi-Fi, panggilan masuk, mesej dan aplikasi lain yang akan menggunakan kuasa bateri. Ini akan mengakibatkan telefon anda memakan masa yang lama untuk dicas penuh.

Oleh itu, apabila anda mematikan telefon, semua program latar belakang akan berhenti dan ia membolehkan bateri telefon dicas dengan lebih cepat.

3. Jangan guna telefon ketika caj

Jika anda gunakan telefon semasa mengecas, ia akan memperlahankan masa pengecasan dengan ketara. Biarkan telefon anda bersendirian semasa ia dicas. Bagi mengelakkan anda terganggu dengan notifikasi atau panggilan yang masuk ketika pengecasan dilakukan, maka lebih baik matikan terus telefon anda.

4. Guna telefon sokong pengecasan pantas

Apabila menggunakan telefon yang menyokong pengecasan pantas, sudah tentu anda tidak akan terbeban lagi dengan masalah bateri telefon lambat dicas penuh. Malah, caj telefon saat akhir sebelum keluar rumah juga tidak menjadi masalah.

Ada banyak telefon yang menyokong pengecasan pantas dan yang paling baru ialah Xiaomi 11T Pro. Dengan kapasiti bateri 5,000mAh ia menyokong pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge 120W. Boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 17 minit sahaja. Selain itu, model Huawei Nova 8 juga menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W melalui USB-C, tetapi bateri hanya 3,800mAh sahaja.

5. Guna kepala pengecas pantas & kabel berkualiti

Periksa kepala pengecas pantas yang disokong oleh peranti anda. Kebanyakan peranti hanya menyokong pengecasan pantas tertentu. Contohnya Oppo dengan VOOC, OnePlus dengan WARP dan Xiaomi dengan HyperCharge. Tetapi ada juga standard pengecasan yang digunapakai ramai, seperti USB Power Direct (PD) atau Qualcomm Quick Charge.

Contohnya, iPhone 13 menyokong USB-PD 15W manakala Galaxy S21 25W. Kaedah yang paling mudah ialah, beli sahaja kepala pengecas pantas dari jenama pengeluar.

Selain itu, pastikan kabel telefon anda berkualiti. Apabila anda guna kabel pihak ketiga atau kabel standard berkualiti rendah, telefon anda mungkin tidak mengecas dengan cepat. Oleh itu sebelum membeli kabel pengecas, pastikan anda beli produk OEM daripada pengeluar sah. Jika gunakan kabel pihak ketiga, pastikan spesifikasinya sama dengan yang asal. Gunakan kabel USB yang pendek untuk mengurangkan kehilangan tenaga disebabkan rintangan dalam kabel.

Dengan lakukan antara 5 cara ini, anda tidak perlu bimbang lagi jika bateri telefon sudah hampir kosong saat anda perlu gunakannya. Selain itu, dengan cara ini juga sudah tentu, anda tidak perlu biarkan telefon caj semalaman untuk menunggu ia penuh.

[Sumber: Lifewire]

[Sumber gambar: shatterfix]

Bacaan berkaitan

  1. Periksa 3 Perkara Ini Jika Telefon Anda Dicas Terlalu “Slow”
  2. TIPS: 9 cara mudah panjangkan hayat bateri telefon
  3. 6 tanda anda perlu dapatkan telefon baru
Tags: bateri telefoncas telefontelefon pintar
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 cara cas bateri telefon dengan cepat

TIPS: 5 cara cas bateri telefon dengan cepat

22 November 2021
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER