Periksa 3 Perkara Ini Jika Telefon Anda Dicas Terlalu “Slow”

Pendahuluan

Mengecas telefon sepatutnya tidak perlu dirumitkan. Tapi disebabkan terlalu banyak produk mengecas dan juga paras harga, ada pengguna yang mengalami masalah ketika mengecas telefon. Ada yang merungut mengecas telefon tidak sepantas dulu. Jika telefon anda dicas perlahan daripada sepatunya, anda perlu memeriksa tiga perkara berikut.


1. Sumber Tenaga

Mengecas telefon menggunakan peralatan ada dalam kotak telefon semasa dibeli adalah yang paling ideal. Ia bermakna, pengeluar sudahpun mengoptimumkan semua parameter pengecasan bagi pihak anda. Contohnya teknologi pengecasan pantas memerlukan voltan dan arus yang tertentu. Jika tidak, ia tidak akan diaktifkan, sudahnya telefon dicas pada kadar normal ataupun lebih parah, perlahan.

Tapi, bukan selalunya blok pengecas akan mengikuti kita kemana-mana bukan? Tambahan pula anda terkelih port USB pada dekoder ASTRO lantas terus mencucuk kabel USB dan mula mengecas.

Port USB pada peralatan rumah biasanya bukanlah bertujuan untuk mengalirkan tenaga yang besar. Ia direka untuk mengalirkan data dan tenaganya cuma 500mA ataupun sekali ganda lebih rendah daripada tenaga yang diguna untuk mengecas telefon.

Bukannya tidak boleh mengecas, tapi anda bolehlah menjangkakan kelajuan mengecas yang amat perlahan. Tapi kepantasan mengecas yang perlahan ada faedahnya. Selain memastikan telefon tidak terlebih panas, ia memelihara kecekapan bateri kerana tidak berisiko untuk “overcharge”.

Ada juga situasi blok pengecas asal anda rosak dan anda perlu membeli pengecas yang baru. Tapi apakah kriteria pemilihan pengecas pihak ketiga?

  1. Sila ikuti spesifikasi output pada blok pengecas asal. Segala maklumat dicetak pada blog pengecas itu sendiri.
  2. Beli daripada jenama ataupun penjual yang ada reputasi supaya keselamatan anda terjamin.

Perkara yang sama turut boleh diaplikasikan semasa anda memebeli pengecas telefon dalam kereta. Dua lagi perkara yang perlu diperiksa berada dalam halaman seterusnya.