• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga data 5G akan lebih murah daripada 4G sekarang

  • OLEH Najib
  • 10:50 am
  • 26/11/2021
  • Komen
Harga data 5G akan lebih murah daripada 4G sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul menerangkan kepada parlimen bahawa harga atau caj perkhidmatan 5G dijangka jauh lebih murah berbanding kos penggunaan 4G ketika ini yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi. Ia berikutan, Digital Nasional Berhad (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabit (GB) untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-PBB-Sibuti) yang meminta Zafrul menjawab dakwaan bahawa syarikat telekomunikasi tidak mahu mendaftar dengan DNB untuk menggunakan 5G kerana harga yang ditawarkan DNB dilihat terlalu tinggi.



“Sebagai perbandingan, ini adalah jauh lebih murah berbanding kos tambahan (incremental) semasa bagi setiap GB 4G yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi dengan kadar antara 45 hingga 55 sen bagi setiap GB,” katanya lagi.

Zafrul juga percaya syarikat telekomunikasi akan menyambut baik penetapan harga tersebut apabila ia dimaklumkan kepada mereka kelak. Tambahnya, dia dimaklumkan bahawa proses penetapan harga 5G tersebut hampir dimuktamadkan dan ia amatlah berbeza dan jauh lebih rendah berbanding kos bagi setiap gigabit (GB) 4G oleh syarikat telekomunikasi.



Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), sebagai pengawal selia, akan memastikan harga yang ditetapkan adalah adil dan berteraskan pemulihan kos, bukan untuk menjana keuntungan.

Malaysia telah melantik DNB sebagai syarikat tunggal pemilik dan pengurus spektrum 5G di Malaysia. DNB seterusnya akan menjual perkhidmatan 5G secara borong kepada semua syarikat telekomunikasi. DNB merancang untuk menyiapkan 500 tapak 5G sebelum berakhirnya tahun 2021. Baru-baru ini, DNB telah berjaya menjalankan ujian integrasi Radio Access Network (RAN) 5G pertama di dunia, menggabungkan lebih daripada dua penyedia perkhidmatan mudah alih (MNO).

Bagaimanapun, ramai masih ragu-ragu dengan jadual pelaksanaan DNB memandangkan bulan DIsember semakin hampir tetapi masih tiada perjanjian bersama syarikat telekomunikasi diumumkan. Ini ditambah lagi dengan laporan Reuters, mengatakan bahawa tiada syarikat telekomunikasi Malaysia bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G yang dimiliki penuh DNB. Dikatakan, ia berkenaan masalah harga dan ketelusan di dalam perjanjian borong tersebut.

[Sumber: FMT]

Bacaan Berkaitan

  • DNB selesai ujian integrasi RAN 5G lebih 2 rangkaian, pertama di dunia
  • Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB
  • Digital Nasional Berhad, dilantik sebagai syarikat pembangun & pengurus 5G di Malaysia
Tags: DNBTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Harga data 5G akan lebih murah daripada 4G sekarang

Harga data 5G akan lebih murah daripada 4G sekarang

26 November 2021
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER