• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost Makan dilancar, platform baru pesanan makanan oleh eWallet Boost

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 29/11/2021
  • Komen
Boost Makan dilancar, platform baru pesanan makanan oleh eWallet Boost
Share on FacebookShare on Twitter

Khidmat pesanan makanan atas permintaan di Malaysia sudah agak banyak. Antaranya ialah FoodPanda, Grab Food, AirAsia Food dan Bungkus It. Kini satu lagi nama besar di arena dompet elektronik (eWallet) mengumumkan kemasukan mereka ke dalam perkhidmatan pesanan makanan.

Boost Makan untuk peniaga F&B

Boost baru-baru ini memperkenal Boost Makan, platform pesanan makanan baharu untuk membantu para peniaga makanan dan minuman (F&B) membawa perniagaan mereka ke dalam talian tanpa perlu melalui sistem yang rumit dan caj yang mahal. Peniaga yang telah sedia ada menggunakan Boost Biz, boleh terus mengakses Boost Makan dengan mudah melalui aplikasi peniaga Boost Biz dan mendaftar dengan platform pesanan makanan ini tanpa caj penyertaan, untuk masa yang terhad.



Boost Makan terbuka kepada semua peniaga F&B, termasuk kafe, restoran, perniagaan di rumah, penjaja, gerai medan selera serta trak makanan. Peniaga boleh menikmati beberapa faedah yang terdapat di platform Boost Makan termasuk platform mesra pengguna, caj transaksi yang rendah, rakan penghantaran pihak ketiga yang boleh dipercayai dan penyelesaian pembayaran pantas dalam masa dua hari bekerja.

Mulai sekarang hingga 31 Disember 2021, peniaga F&B baharu dan sedia ada bakal menerima insentif RM50 apabila mendaftar dengan Boost Makan. Insentif ini hanya boleh digunakan oleh peniaga F&B baharu dan sedia ada yang masih belum menyertai Kempen Go-eCommerce Onboarding bersama Boost.



Boost Makan untuk pengguna

Di pihak pengguna pula, Boost Makan boleh diakses mudah di dalam aplikasi Boost dan pembayaran boleh dibuat menggunakan eWallet Boost. Terdapat empat kaedah pesanan boleh dipilih di dalam Boost Makan iaitu penghantaran atas permintaan dalam lingkungan 20KM, pengambilan di lokasi, pesanan tanpa sentuh dalam kedai dan pandu lalu.

Kaedah pengambilan di lokasi dan pandu lalu, membolehkan pelanggan menetapkan jangkaan masa penghantaran atau waktu pengambilan pilihan mereka. Manakala kaedah pandu lalu membenarkan pelanggan memberi nombor kenderaan mereka di dalam pesanan, supaya peniaga boleh mengenal pasti kereta pelanggan dan makanan dapat dihantar terus kepada mereka apabila tiba di lokasi peniaga. Ini merupakan pilihan perkhidmatan tambah nilai untuk peniaga memberikan pengalaman bagi pelanggan yang lebih baik, di mana pelanggan tidak perlu risau mencari tempat letak kereta atau meninggalkan kereta mereka.

Boost kini menjalankan promosi pulangan tunai RM5 kepada pengguna yang membut pesanan di dalam Boost Makan. Kempen berjalan selama dua pusingan, pertama dari 22 hingga 30 November 2021. Pusingan kedua pula dari 1 hingga 31 Disember 2021.

Untuk menerima pulangan tunai RM5, pengguna perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 dalam setiap pesanan, tidak termasuk caj penghantaran. Dalam setiap pusingan, pengguna boleh menerima maksimum tiga kali pulangan tunai RM5. Tetapi hanya 600 pesanan pertama sahaja akan menerima pulangan tunai dalam pusingan pertama, dan 1,400 pesanan pertama dalam kumpulan kedua. Pulangan tunai yang diterima pula, perlu digunakan dalam masa 30 hari.

Untuk maklumat lanjut tentang Boost Makan dan ciri-ciri yang ditawarkan, sila layari www.myboost.com.my/features/boost-makan/

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia Food beri peluang peniaga jana pendapatan, dengan liputan penghantaran hingga 60km
  • Grab perkenal ciri memotong barisan, “bayar lebih dapat awal”
  • Foodpanda kenalkan Pandamart, perkhidmatan hantar barang runcit sepantas 20 minit
Tags: BoostBoost Makan
Najib

Najib

POPULAR

Boost Makan dilancar, platform baru pesanan makanan oleh eWallet Boost

Boost Makan dilancar, platform baru pesanan makanan oleh eWallet Boost

29 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER