• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Foodpanda kenalkan Pandamart, perkhidmatan hantar barang runcit sepantas 20 minit

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:57 pm
  • 10/12/2020
  • Komen
Foodpanda kenalkan Pandamart, perkhidmatan hantar barang runcit sepantas 20 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Foodpanda memperkenalkan Pandamart iaitu perkhidmatan penghantaran barang runcitnya yang terbaharu. Perkhidmatan ini menawarkan kemudahan penghantaran lebih daripada 3,500 produk penting dari gudang, ia merangkumi 100 jenama antarabangsa dan tempatan. Ini termasuklah barang keperluan rumah, barangan segara, produk kecantikan dan juga ubat-ubatan.

Semua produk-produk ini dibekalkan terus daripada pengilang, oleh itu harga barang yang disediakan sangat kompetitif dan kualiti produk adalah terjamin.



Menurut Pengarah Dark Store Foodpanda Malaysia, Ashutosh Gandhi, berkata Pandamart pertama sudah beroperasi dalam talian sejak Julai tahun ini.

Kini Pandamart boleh didapati di 25 lokasi sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor. Lokasi tersebut termasuklah Bangsar, Setapak, Subang, Ampang / Cheras, Bukit Tinggi, Bukit Jalil, Petaling Jaya, KLCC, Puchong, Balakong, Kajang, Setia Alam, Kota Damansara, Shah Alam, Ara Damansara, Selayang, Sungai Buloh, Cyberjaya, Bayan Lepas, Georgetown/Jelutong, Perai/Bukit Mertajam, Mount Austin, Universiti Teknologi Malaysia, Permas Jaya, dan Mont Kiara.



Cara guna Pandamart

  1. Bukak aplikasi Foodpanda
  2. Klik shops
  3. Pilih Pandamart, ia ada di dalam kategori penghantaran pantas (fastest delivery)
  4. Pilih item yang anda mahu dan masukkan dalam cart
  5. Daftar keluar dan lakukan pembayaran

Pembelian minimum adalah berjumlah RM5 sahaja. Barang akan dihantar dalam tempoh 20 minit bergantung kepada jumlah item yang anda mahukan.

Caj penghantaran item Pandamart adalah percuma dalam tempoh empat bulan pertama pembukaan Pandamart baharu. Kemudiannya akan dicaj RM1 hingga RM2 untuk setiap penghantaran.

Sekiranya lokasi anda berada dalam liputan Pandamart, maka anda boleh mencubanya sekarang.

Namun begitu, sekiranya anda tidak mahu membayar caj penghantaran selamanya-lamanya dan mahukan item yang segar daripada gudang, anda boleh menggunakan perkhidmatan GrabSupermarket untuk membeli barang kepeluan anda.

Tags: FoodPandapandamart
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER