• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan tidak boleh tapis kandungan Netflix, akan guna kaedah lain

  • OLEH Najib
  • 3:30 pm
  • 30/11/2021
  • Komen
Kerajaan tidak boleh tapis kandungan Netflix, akan guna kaedah lain
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak boleh membuat tapisan terhadap kandungan di platform penstriman seperti Netflix. Ia adalah jawapan yang diberikan kepada soalan ahli parlimen PAS, Wan Hassan Mohd Ramli yang meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menapis kandungan seksual dan LGBTQ di Netflix.

Menurut Annuar, kerajaan tidak memiliki kuasa untuk menapis kandungan daripada luar negara. Tetapi jika ada kandungan yang sangat tidak wajar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membuat permohonan kepada pihak berkenaan supaya ia dikaji.



Annuar juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa platform penstriman seperti Netflix ada menyediakan skala penilaian ibubapa. Jadi ibubapa harus mengawal sendiri bentuk kandungan yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka.

Penapisan kandungan internet telah lama menjadi perdebatan di Malaysia. Menteri Komunikasi dan Multimedia terdahulu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah memberi jaminan bahawa tiada kandungan internet akan ditapis di bawah jagaan beliau.



Sebenarnya, penapisan kandungan dalam talian tidak terhad kepada platform luar negara. Di Astro sendiri, ia menapis kandungan yang dipancarkan melalui satelit, tetapi tiada tapisan jika menonton di Astro Go.

Perkara yang sama dilakukan oleh iflix dalam rancangan tempatan terbitan mereka, Oi Jaga Mulut. Rancangan komedi ini menampilkan pelawak yang membuat lawak lucah atau sensitif, tanpa sebarang tapisan.

Walaupun internet dijamin kebebasannya di Malaysia, undang-undang lain boleh dikenakan jika ada kesalahan lain seperti menipu, menghina seseorang, menyebar berita palsu dan lain-lain.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan tidak boleh tapis kandungan Netflix, akan guna kaedah lain

Kerajaan tidak boleh tapis kandungan Netflix, akan guna kaedah lain

30 November 2021
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN