• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus ProArt Studiobook 16 OLED: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:29 am
  • 06/12/2021
  • Komen
Asus ProArt Studiobook 16 OLED: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah membawa masuk laptop pertama dunia yang ada panel 4K OLED untuk pasaran Malaysia. Daripada helaian spesifikasi, ia laptop Asus ini ditujukan kepada golongan pembangun kandungan dan disebabkan spesifikasinya agak tinggi, tak mustahil ia turut boleh dinikmati gamers.

Harga ProArt Studiobook 16 OLED di Malaysia

Ada tiga varian ProArt Sutiobook boleh anda pilih iaitu:



  • H5600QR – AMD Ryzen 9 5900HX, 16″ 4K (3840×2400), RTX 3070, 64GB RAM, 1TB SSD – RM11,999
  • H5600QM – AMD Ryzen 9 5900HX, 16″ 4K (3840×2400), RTX 3060, 32GB RAM, 1TB SSD – RM9,999
  • H7600HM – Intel Core i7-11800H, 16″ 2K (2560×1600), RTX 3060, 32GB RAM, 1TB SSD – RM9,999

Anda boleh terus ikut laman jualan dalam talian Asus di Shopee dan Lazada sementara menunggu laptop-laptop ini disenaraikan di sana.

Spesifikasi ProArt Studio 16 OLED

Komponen yang mencuri tumpuan adalah panel OLED sebesar 16” dengan resolusi 4K. Ia adalah pertama seumpamanya dalam dunia. Namun, pada varian CPU Intel, bukanlah panel 4K digunakan sebaliknya sekadar 2K.



Varian paling berkuasa dilengkapi CPU Ryzen 9 5900X dan GPU RTX 3070. Untuk jimat RM2,000 anda boleh dapatkan yang ada GPU RTX 3060. Varian yang paling murah ada Intel Core i7-11800H dan GPU RTX 3060.

Kesemua mereka diberikan storan jenis SSD PCIe 3.0 seluas 1TB.

Di bahagian touchpad, ia ada 3 butang peka tekanan untuk mudahkan anda berikan input sewaktu bekerja. Berhampiran touchpad pula ada roda fizikal untuk input lebih intuitif sewaktu kerja-kerja kreatif.

Laptop ini mewah pada port I/O. Berikut adalah senarai lubang-lubang yang boleh dimanfaatkan:

  • 2 USB-A
  • 1 USB-C
  • 1 USB-C Thunderbolt 4
  • LAN Gigabit
  • HDMI
  • Pembaca kad SD
  • Jek audio 3.5mm

Panel OLED laptop ini bergandungan dengan sepasang sistem audio yang ditala Harman Kardon. Dalam badannya, ada bateri 90Whr namun dengan spesifiaksi sebegini tinggi, saya tak rasa hayat baterinya akan bertahan lama. Asus sendiri tidak mendedahkan hayat baterinya.

Tags: asusasus proart studiobook 16asus proart studiobook 16 oled
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Asus ProArt Studiobook 16 OLED: Maklumat penjualannya di Malaysia

Asus ProArt Studiobook 16 OLED: Maklumat penjualannya di Malaysia

6 Disember 2021
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

20 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER