• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nombor pendaftaran ingkar spesifikasi antara 24,909 saman sepanjang November, motosikal pesalah terbesar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:54 pm
  • 07/12/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dari 1 hingga 30 November, sebanyak 74,437 saman untuk nombor pendaftaran dan kesalahan trafik lain telah dikeluarkan di bawah Op Khas (Nombor Pendaftaran).

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu termasuk 24,909 saman membabitkan nombor pendaftaran fancy (berhias), tiada nombor pendaftaran dan pendaftaran tidak mematuhi peraturan. Daripada jumlah itu, penunggang motosikal merupakan pesalah terbesar dengan 49.4% atau 12,318 saman. Diikuti pemandu kenderaan lain dengan 42.35% atau 10,549 saman.



Dalam operasi itu, 35 individu ditahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya. Manakala 111 kenderaan pelbagai jenis dirampas mengikut Seksyen 64 (1) APJ 1987. Kenderaan yang disita ialah 60 motosikal, 35 kereta dan 16 kenderaan lain.

Menurut Datuk Mat Kasim, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.



Kenderaan yang disita boleh dituntut semula apabila identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti, kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan atau dilepaskan oleh mahkamah.

Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman dengan diskaun sehingga 80%. Oleh itu, jika ada yang terlibat dan layak untuk menikmati diskaun saman ini, anda boleh bayarnya di kaunter pengurangan bayaran saman, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021.

Spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan

Kesalahan berkaitan nombor pendaftaran merupakan satu isu yang serius, berikut merupakan 3 jenis plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan oleh pihak JPJ:

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Di bawah ini disertakan ukuran nombor pendaftaran bagi kereta dan motor:

Bagi mengelakkan dari di kompaun oleh pihak berkuasa, individu perlu patuhi undang-undang jalan raya yang disediakan. Elak melakukan kesalahan seperti tidak patuhi isyarat lalu lintas, pandu lebih had laju, memotong kenderaan di garisan berkembar dan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Dengan mengelakkan perkara tersebut, ia dapat mengurangkan daripada berlakunya kesalahan trafik oleh pengguna jalan raya dan membuatkan para pemandu dan penunggang lebih berwaspada.

[Sumber: MalayMail]

Bacaan berkaitan

  • Diskaun hingga 80% untuk saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Perdana Menteri ke-9
  • Kamera iCOPS pantas kesan pesalah jalanraya dengan saman tertunggak dan waran tangkap
  • Denda dan penjara menanti pengguna e-skuter di tempat yang tak sepatutnya
Tags: pdrm
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nombor pendaftaran ingkar spesifikasi antara 24,909 saman sepanjang November, motosikal pesalah terbesar

7 December 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN