• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara salin teks dalam gambar di Android & iOS dengan mudah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:05 pm
  • 08/12/2021
  • Komen
TIPS: Cara salin teks dalam gambar di Android & iOS dengan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda berada dalam situasi, perlu salin teks yang terpampang di sebuah tempat untuk diletakkan pada mesej, tetapi rasa tidak mahu menaipnya kerana terlalu panjang?

Sebenarnya, anda boleh salin teks itu melalui kamera di telefon anda. Ia kemudian boleh ditampal di mana-mana sahaja contohnya Words, Notes dan mesej. Di iPhone, ciri ini boleh dilakukan menerusi ciri Live Text. Manakala di peranti Android pula, anda boleh lakukannya menggunakan Google Lens.



Live Text ada sedikit perbezaan daripada Google Lens. Ciri Live Text boleh digunakan dalam masa nyata. Anda boleh guna kamera untuk pilih dan salin teks kemudian terus tampal teks itu, tak perlu simpan gambar. Tetapi untuk Google Lens, anda perlu tangkap gambar dahulu, baru Google Lens boleh mengesan perkataan.

Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan untuk menjayakannya.



Cara salin teks guna iPhone

Live text di iPhone adalah ciri baru yang tersedia dalam sistem iOS 15. Untuk salin perkataan yang anda lihat, caranya amat mudah:

  1. Buka kamera iPhone anda dan halakan kamera pada teks yang ingin anda salin.
  2. Anda boleh tahu ciri Live Text telah hidup apabila anda nampak garis kuning di sekeliling teks.
  3. Tekan ikon Live Text di bahagian bawah kanan.
  4. Pilih teks yang ingin anda salin, kemudian tekan Copy.
  5. Anda seterusnya boleh tampal teks tadi di platform yang anda perlukan.

Untuk salin perkataan dari gambar dalam galeri pula, ini merupakan caranya:

  1. Buka gambar yang mengandungi teks
  2. Tekan ikon Live Text di bahagian bawah kanan.
  3. Pilih perkataan atau ayat yang anda mahukan dan tekan Copy.
  4. Tampalkannya di platform yang anda mahu.

Cara salin teks guna Google Lens

Sebelum mulakannya, pastikan anda mempunyai gambar teks yang jelas. Kemudian, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka Google Photos pada telefon anda dan pilih gambar itu.
  2. Kemudian, tekan pilihan Lens yang tersedia di bawah.
  3. Setelah ia mengesan teks di dalam gambar, anda boleh tekan ayat yang anda ingin salin dan pilih Copy text pada bahagian bawah.
  4. Anda kemudian boleh tampalnya di mana-mana yang anda mahu.

Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara sama apabila ada teks yang ingin disalin pada gambar yang anda jumpai di Internet. Anda hanya perlu tekan simbol Google Lens pada gambar, kemudian pilih teks dan akhir sekali tekan Copy.

Dengan ikut langkah di atas, sudah pasti ia dapat memudahkan urusan anda untuk menyalin dan menampal sesuatu teks. Caranya amat mudah dan ia amat menjimatkan masa.

[Sumber: Cnet, How To Geek]

Bacaan berkaitan

  • Cara pantas tukar fail PDF menjadi DOCX di telefon
  • Warnakan folder di dalam Google Drive supaya lebih mudah dikenali, ini caranya
  • TIPS: Kaedah salin & tampal semua pautan di tab Chrome dengan mudah
Tags: androidiOS 15iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara salin teks dalam gambar di Android & iOS dengan mudah

TIPS: Cara salin teks dalam gambar di Android & iOS dengan mudah

8 December 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER