• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P50 Pocket mahu lawan Galaxy Z Flip 3

  • OLEH Najib
  • 8:38 am
  • 15/12/2021
  • Komen
Huawei P50 Pocket mahu lawan Galaxy Z Flip 3
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei kini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu acara pelancaran sebelum berakhirnya tahun 2021 di mana ia akan mempersembahkan peranti flagship. Mereka menjelaskan lagi bahawa sesuatu yang kompak dan berkuasa akan datang tidak lama lagi, membawakan nama Huawei P50 Pocket.

Majlis pelancaran Huawei P50 Pocket akan diadakan pada hari Khamis, 23 Disemberi 2021 pukul 8.30 pagi CET, bersamaan pukul 3.30 petang waktu Malaysia.



Compact yet powerful, that's #HUAWEIP50Pocket.

Coming soon. pic.twitter.com/7JKN8uL3Al

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) December 14, 2021

Tambah menarik adalah gambar yang dikongsi oleh Huawei, berupa seperti telefon boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip 3. Gambar ini juga memaparkan dua warna iaitu perak dan emas. Ia mungkin petanda bahawa peranti ini bakal dilancarkan bersama dua warna ini. Atau ia memiliki dua tona warna.

Sebelum ini, sudah ada berita tersebar bahawa Huawei mahu melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat, dikenali sebagai Mate V. Gambar yang tersebar di internet pula menunjukkan casingnya dalam dua bahagian, dengan dua lubang sangat besar seperti telefon pintar Huawei P50.



Buat masa ini, masih tiada yang bercerita tentang spesifikasi Huawei P50 Pocket tetapi ia dijangka mewarisi beberapa ciri yang terdapat pada Huawei P50, terutamanya di kamera. Sebagai rujukan, Huawei P50 Pro memiliki empat kamera gandingan kamera utama 50MP, kamera monokrom 40MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera telefoto 64MP dengan zum digital sehingga 100x.

Siri Huawei P50 telah dilancarkan di China pada bulan Julai lepas, di mana versi Pro dikuasakan cip Kirin 9000 dan Snapdragon 888, tetapi tanpa sokongan 5G. Huawei Malaysia baru-baru ini juga telah menyatakan bahawa Huawei P50 Pro bakal tiba di Malaysia, dengan kuasa Snapdragon 888 disenaraikan di laman web Malaysia, tetapi masih tiada 5G serta tiada perkhidmatan Google.

Untuk perbandingan, Samsung Galaxy Z Flip 3 dijual di Malaysia bermula dari RM3,999. Ia memiliki skrin boleh lipat berukuran 6.7-inci HD Penuh, jenis AMOLED 120Hz dan dikuasakan cip Snadpragon 888 5G. Telefon ini juga kalis air IPx8 dan memiliki speaker stereo.

[Sumber: Huawei, weibo]

Bacaan Berkaitan

  • Huawei P50 Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi
  • Huawei P50 Pro & P50 diumumkan dan Snapdragon 888 jadi tunjang
  • Samsung Galaxy Z Flip 3 terima skrin lebih besar, speaker stereo dan kalis air
Tags: HuaweiHuawei P50Huawei P50 Pocket
Najib

Najib

POPULAR

Huawei P50 Pocket mahu lawan Galaxy Z Flip 3

Huawei P50 Pocket mahu lawan Galaxy Z Flip 3

15 December 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER