• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:55 pm
  • 15/12/2021
  • Komen
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter kini melancarkan sarikata automatik untuk video dan ia akan tersedia secara global kepada semua pengguna di iOS, Android serta web. Terdapat lebih daripada 30 bahasa untuk sarikata disediakan, antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sepanyol, Jepun, Arab, Thai, Cina, Hindi dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ciri ini hanya akan muncul pada video yang baru dimuat naik ke Twitter. Video yang sudah lama dimuat naik, tidak akan disertakan sarikata. Namun, ia tetap jadi satu ciri yang berguna lebih-lebih lagi apabila pengguna berada di tempat awam yang bising dan mahu memahami video yang sedang ditonton, tetapi tiada fon telinga.



Tidak semua video mempunyai sari kata. Ia akan dipaparkan secara automatik apabila anda melihat video di timeline. Untuk pengguna Android dan iOS, sarikata automatik akan dipaparkan pada video yang disenyapkan. Anda boleh kekalkan sarikata tanpa video disenyapkan, melalui tetapan accessibility pada telefon. Untuk pengguna web, anda boleh guna butang “CC” untuk hidup atau matikan sarikata.

Where are video captions when you need them? They’re here now automatically on videos uploaded starting today.

Android & iOS: auto-captions will show on muted Tweet videos; keep them on when unmuted via your device’s accessibility settings
Web: use the “CC” button to turn on/off pic.twitter.com/IHJAI31IvX

— Twitter Support (@TwitterSupport) December 14, 2021

Dibandingkan dengan ciri sarikata automatik di TikTok dan Stories Instagram, didapati ada satu kelemahan pada sarikata di Twitter. Pengguna boleh betulkan sebarang kesalahan pada sarikata di Tiktok dan Stories Instagram untuk menjadikannya lebih tepat selari dengan audio. Namun, sebaliknya pula di Twitter. Pengguna tidak dibenarkan mengubah sarikata, maka jika ada kesalahan, berkemungkinan pembaca akan salah faham dengan situasi sebenar di dalam video.



Setakat ini, saya belum lagi dapat akses kepada ciri ini. Video yang saya muat naik masih tidak ada sarikata tertera, begitu juga dengan video lain yang baru muncul di timeline saya. mungkin kebolehan ini akan muncul tidak lama lagi.

Walaupun sokongan sarikata pada video di Twitter baru diperkenalkan, tetapi platform itu telah pun menggunakan teknologi sarikata dalam ruang sembang audio mereka iaitu Twitter Spaces. Twitter menyatakan bahawa, ia menyimpan salinan audio Spaces termasuklah sarikata, selama tiga puluh hari untuk menyemak kandungan pelanggaran garis panduan Twitter.

Jika didapati mengandungi pelanggaran, Twitter akan menyimpan rekod tersebut selama 90 hari lagi untuk menawarkan speakers (penceramah) peluang membuat rayuan.

[Sumber: Techcrunch, TheVerge, Twitter]

Bacaan berkaitan

  1. Tiktok bantu pengguna pekak faham kandungan video dengan sarikata automatik
  2. Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels
  3. Polisi baharu Twitter ini akan hukum akaun yang tweet benda ini
Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan

Twitter lancarkan sarikata automatik untuk video, tapi ada satu kelemahan

15 December 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN