• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dos penggalak dulunya digalakkan kini jadi mandatori menurut arahan terbaharu KKM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:52 pm
  • 16/12/2021
  • Komen
Dos penggalak dulunya digalakkan kini jadi mandatori menurut arahan terbaharu KKM
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kesihatan memaklumkan dalam bulan Oktober 2021 lalu yang dos penggalak adalah amat digalakkan terutamanya untuk kumpulan berisiko tinggi. Namun menerusi perkembangan terbaharu yang diutuskan KKM di saluran media sosial, ia kini adalah mandatori untuk golongan ini.

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengambilan Dos Penggalak Bagi Penerima Dos Lengkap Vaksin Sinovac atau Individu Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Bagi Mengekalkan Status Vaksinasi Lengkap pic.twitter.com/a8VdLSlDT1

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) December 16, 2021

Golongan yang dipetik adalah penerima Sinovac dan juga individu yang berumur 60 tahun ke atas. Sudahlah ditukar hukum menjadi mandatori, status lengkap vaksin juga akan dilucutkan menjadi tak lengkap vaksin. Bila tak lengkap vaksin, segala kemudahan yang dikhususkan untuk orang yang berstatus lengkap vaksin tidak lagi boleh dimanfaatkan.



KKM memberi masa sehingga Februari 2022 untuk golongan ini menerima dos penggalak sekiranya ingin kekalkan status lengkap vaksin mereka. Bagi merancakkan lagi program pemberian vaksin penggalak, pusat pemvaksinan mega akan dibuka semula di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang.

Tentang vaksin penggalak, setakat hari ini, tiga vaksin telah disenaraikan boleh digunakan sebagai vaksin penggalak iaitu:



  1. Pfizer
  2. Sinovac
  3. AstraZeneca

Menurut kenyataan media oleh KKM, AstraZeneca dan Sinovac akan diberikan kepada penerima masing-masing selepas 6 bulan (AstraZeneca) ataupun 3-6 bulan (Sinovac) daripada dos kedua.

Walau bagaimanapun, kelulusan ini berada dalam kategori bersyarat. Misalnya, pemberian Pfizer kepada penerima Sinovac secara vaksin campur jenama adalah mengikut amalan off-label.

Bacaan berkaitan

Anda mungkin perlukan dos penggalak untuk dikategorikan sebagai lengkap vaksin – SoyaCincau.com

Dos booster campuran Pfizer dan Sinovac secara off-label bermula 22 Oktober 2021 – SoyaCincau.com

Tags: COVID-19dos penggalakkkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Dos penggalak dulunya digalakkan kini jadi mandatori menurut arahan terbaharu KKM

Dos penggalak dulunya digalakkan kini jadi mandatori menurut arahan terbaharu KKM

16 December 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN